Categories: FeaturedGaya Hidup

4 kali bercerai, ini cara Natasha Hudson teruskan kehidupan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan mahligai perkahwinan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Tiada siapa mahu perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berakhir dengan perceraian, apatah lagi proses perceraian amat memeritkan dan bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dilalui pelakon jelita, Natasha Hudson. Beliau antara selebriti yang mendapat perhatian ramai kerana kisah kegagalan rumah tangganya, bukan satu atau dua, tapi wanita cantik ini sudah melalui proses perceraian sebanyak empat kali!

Natasha sebelum ini berkongsi apa yang terjadi ke atas rumah tangganya mengakui perceraian demi perceraian yang dilaluinya begitu perit untuk diimbas kembali.

Bagaimanapun, wanita berusia 37 tahun itu berkata, segala yang berlaku menjadi iktibar kepada dirinya dan membuatkannya lebih kuat untuk meneruskan kehidupan, selain lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini.

Berkongsi mengenai cara beliau berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan, ibu kepada tiga cahaya mata itu akui proses untuk meneruskan kehidupan selepas gagal dalam perkahwinan tidak sukar kerana semuanya tertakluk kepada diri individu itu sendiri.

Natasha Hudson bersama-sama anak-anaknya, Neesa Helen (tengah), Naeema Khalila (kiri) dan Faatimah (depan). Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

You have to move on! Hidup ini tidak berakhir atas manusia. Kita yang kawal diri kita. Buat apa nak sedih jika orang atau pun situasi yang berlaku tidak memberi kegembiraan kepada kita.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan ibu bapa, teman dan orang sekeliling. Bagi saya, kita kena berfikir ke hadapan dan jangan kembali pada kesilapan yang lalu. Lakukan perkara yang boleh buat kita gembira dan sentiasa berfikiran positif,”  katanya berkongsi caranya untuk meneruskan kehidupan selepas menjalani detik perceraian.

Betul ke Natasha pernah berjumpa pakar terapi dan psikologi selepas segala sejarah hitam yang dilaluinya? Nak tahu, kenalah tonton video di bawah.

Ad Ops