Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 18, 2024 @ 3:17pm

Pacu Kuasa Baharu Bersama Teaser Unggul & Kolaborasi Eksklusif, Ejen Ali The Movie 2 Dikuasakan Tenaga Nasional Berhad

Bersiap sedia untuk lonjakan kuasa luar biasa! Ejen Ali kini melangkah ke tahap seterusnya dengan gabungan tenaga bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam misi epik terbaharu yang menggemparkan!

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini lebih perkasa dengan aksi pengembaraan luar biasa yang dikuasakan oleh ledakan inspirasi dan inovasi dari TNB. Kerjasama berkuasa tinggi ini diumumkan seiring dengan pelancaran teaser rasmi terbaru yang penuh aksi, sekali gus mencetuskan siri kempen gempak kreatif menjelang pelancaran filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2025!

Kemunculan Musuh Baru yang Mengejutkan!

Bersiap sedia untuk pertempuran paling epik! Teaser rasmi kedua mendedahkan kemunculan semula musuh Ejen Ali, Neonimus – seorang penggodam licik yang mendapat inspirasi daripada permainan video untuk mencetuskan huru-hara di kota futuristik Cyberaya. Dengan motifnya yang masih misteri, Neonimus melancarkan cabaran getir yang memaksa agensi rahsia MATA untuk menghantar ejen wira terbaik mereka, Ejen Ali, lengkap dengan sut perisai canggih SATRIA, bagi menumpaskan helah penjenayah ini.

TNB : Kuasa di Sebalik Misi

Sebagai pembekal utama tenaga di Malaysia, penglibatan TNB dalam EATM2 melonjakkan misi filem ini melangkaui hiburan semata-mata. Berpegang pada visi ini, EATM2 menampilkan pendekatan kreatif dalam memperkenalkan TNB sebagai penyedia tenaga masa depan di Cyberaya, dengan pelbagai aset penjanaan kuasa TNB yang hebat dan canggih bakal memenuhi kota futuristik ini. Kolaborasi strategik ini menandakan kali kedua TNB menyatukan misi mereka sebagai Penaja Utama Ejen Ali The Movie, dan gabungan sempurna teknologi dan kreativiti ini menjanjikan percikan inspirasi yang akan membakar semangat penonton di seluruh negara!

Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, berkata:

“Kami amat berbangga kerana TNB menjadi Penaja Utama untuk Ejen Ali The Movie 2. Kejayaan kolaborasi kami untuk filem pertama pada 2019 membuktikan sinergi antara jenama kami. Kami yakin bahawa dunia inovatif Ejen Ali adalah medium terbaik untuk mempamerkan program dan teknologi tenaga dari dunia sebenar yang dikelolakan TNB, sekali gus memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengamalkan gaya hidup pintar dan lestari.”

Sementara itu, Usamah Zaid Yasin, Pengarah Ejen Ali The Movie 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, turut meluahkan rasa penghargaan:

“Kami amat menghargai sokongan TNB dalam memperkukuhkan kuasa Ejen Ali The Movie 2 dan kerana terus mempercayai daya kreativiti kami. Gabungan ini bukan sahaja membawa Ejen Ali kembali ke layar perak dengan penuh gemilang, malah kami teruja untuk menyampaikan mesej penting dalam kerjasama rapat dengan TNB bagi menjayakan misi ini di pawagam pada tahun 2025.”

Kerjasama antara TNB dan Ejen Ali ini adalah lebih daripada sekadar misi – ia adalah satu gerakan! Melalui medium hiburan ini, TNB berusaha untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada rakyat dalam menerajui peralihan tenaga dan mengadaptasi solusi tenaga mampan demi kesejahtaeraan semua. Nantikan siri pengumuman khidmat masyarakat yang membincangkan topik penting seperti kecekapan tenaga, sumber tenaga lestari, dan keselamatan elektrik yang disampaikan dengan gaya unik Ejen Ali!

Rakan maskot kesayangan TNB, Si Kucing Jero, kini kembali beraksi dalam versi animasi sebagai pakar tenaga dalam dunia futuristik Ejen Ali! Duo dinamik Jero dan Ejen Ali akan bergandingan bagi inovasi teknologi dalam bidang tenaga, menjanjikan kandungan yang lucu tetapi informatif, yang pasti akan memberi inspirasi kepada cara kehidupan yang lebih lestari dari segi penggunaan tenaga dalam kehidupan seharian.

Mengulas mengenai kerjasama penuh visi ini, Samsul Ariffin Zainuddin, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, berkongsi pendapat:

“Di Tenaga Nasional Berhad, kami percaya kuasa penceritaan boleh mencetuskan perubahan dan menyemarakkan inovasi. Kolaborasi kami bersama Ejen Ali The Movie 2 selari dengan komitmen kami untuk memacu kesedaran mengenai penyelesaian tenaga lestari dan teknologi masa depan. Gandingan bersama di dalam dunia imaginatif Ejen Ali The Movie 2, merupakan platform kreatif yang terbaik dalam memberi inspirasi dan mendekati penonton tempatan dan antarabangsa, terutamanya generasi muda, sambil menekankan kepentingan peralihan tenaga, kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, dan keselamatan elektrik. Bersama-sama, kita memperkasakan masa depan yang lebih baik, lebih cerah dan lestari — dengan satu misi yang sama.”

Jangan ketinggalan aksi mendebarkan ini! Tonton teaser rasmi kedua EATM2 sekarang di saluran YouTube rasmi Ejen Ali di www.youtube.com/ejenali dan bersiap sedia untuk misi paling gentar apabila Ejen Ali The Movie 2 menemui anda di pawagam pada tahun 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

阿哲漂移赛车成绩亮眼!横扫2项年度总冠军!

东于哲成员陈泽耀(阿哲)一口气在马来西亚速度节的漂移赛事(Drift Gonzo)拿下「Super  1600」和「Street Categories」两个项目的年度积分总冠军! 阿哲近年来醉心于赛车并成为业余赛车手,这是他继歌手、演员,最广为人知的身份;今年演艺行程虽排得满满,但他仍抽出时间参加各大小的漂移赛事,优异的表现更让他拿下马来西亚速度节(MSF)两个项目的年度积分总冠军,真正地以实力说话拿出真本事得奖。 阿哲表示这是他第一次参加累积分数的赛事,却每场都出席比赛,相当积极累积比赛经验。他透露,并不是每一场比赛都抱有很大的胜算,相比起获奖他更注重的是比赛中得到的经验。  他透露参赛各种赛事的过程其实并不顺利,各种突如其来的意外看起来都十分触目惊心,虽然挫折感但也感叹一路走来其实很励志。 “毕竟我是从零开始学习,到接触比赛,然后得奖。这可以激励更多想踏出第一步的朋友们,勇敢的去做自己喜欢的事情,会有意想不到的惊喜。”  阿哲目前已向公司请假,正计划在明年参与泰国的漂移比赛,并专注较大的漂移比赛上。“2019年会慢下脚步,看准一些大型的赛事才参加。希望有一天能在国外比赛,从赛事主持人口中介绍我是来自马来西亚的车手。”   最热娱乐焦点、最新艺人动态,守着八度空间中文娱乐新闻节目《八八六十事》。

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Sebak…Sharnaaz Ahmad Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Wira Bomba

Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit Di Air (Pasukan Penyelamat Unit Di Air) Bomba Malaysia. Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka…

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“Perancangan Allah Sentiasa Lebih Baik” – Isteri Faisal Halim Kongsi Luahan Hati

Isteri Faisal Halim luah pengajaran selepas lalui perit getir rumah tangga

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

邕圣祐323来马!个人大马粉丝见面会

邕圣祐3月23日来马举办《Eternity》个人首次大马粉丝见面会。

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

GEMPAR! KIP BUAT APA DI ARGENTINA

Siapa yang tidak kenal dengan “Super KIP” negara kan? Di awal usia 19 tahun , Khairul Idham Pawi atau “Super KIP” ini telah melakar sejarah dalam dunia permotoran Negara apabila muncul sebagai juara ketika perlumbaan di Argentina baru-baru ini.

error: Content is protected !!