Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 5, 2022 @ 12:59pm

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor.

Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal ketika turun padang melawat mangsa banjir.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil menerusi hantaran Instagram memaklumkan dia mendapat idea untuk membangunkan kedai barang keperluan percuma bagi memudahkan mangsa banjir di Bukit Changgang.

“Idea ini tercetus hasil dari wang sumbangan orang ramai. Mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barangan keperluan mereka secara percuma,” tulis Pak Nil.

Kedai yang diberi nama Kedai Percuma Paknil itu sudah memperoleh lebih dari RM70,000 hasil sumbangan Pak Nil sendiri dan orang ramai.

“Nak pampers ke nak bawang, nak minyak, nak berus gigi, nak telur, bahan cuci, sardin, kita letak di sini. Tapi ketua rumahlah datang ambil. Kalau kata ada yang tak mampu, kita ada rider yang boleh hantar.

“Ambil untuk keperluan sendiri ya bukan mengikut nafsu,” kata Pak Nil menerusi video yang dimuat naik bersama hantaran itu.

Pak Nil menjelaskan barangan di Kedai Percuma Paknil merupakan barangan baru dan bukan barangan yang terpakai.

 

Kedai Percuma Pak Nil telah dilancarkan pada 30 Disember tahun lalu dan kini sedang giat beroperasi di kawasan terbabit.

Di hantaran Instagram yang terbaru, Pak Nil meluahkan rasa sebak apabila melihat sebuah banner yang bertulis ‘Terima Kasih Pak Nil Dari Penduduk Bukit Changgang’ dinaikkan di sebuah dewan orang ramai di Bukit Changgang.

“Pak Nil bukan keseorangan tapi disertai followers Pak Nil yang menyumbang. Terima kasih semua,” tulis Pak Nil di ruangan kapsyen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Tue, 18 Nov 2025

“Akaun Asyik Kena Sekat, Sales Merudum… Rupanya Lengah Subuh” – Sasha Abdul Aziz Dedah Ujian Rezeki ‘Sempit’

Sasha Abdul Aziz rezeki sempit, mula sedar kesilapan diri selepas lewatkan subuh

Hiburan Fri, 9 Aug 2019
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!

Featured Fri, 18 Apr 2025
Trending Mon, 24 May 2021
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Achey Tuju Lagu Untuk Makcik Bawang

Video yang dimuatnaik di laman Youtube sejak semalam ini sudah ditonton hampir 94,000 orang. Wow, luar biasa ni Achey. Tapi memang best lagu ni, korang kena layan ok!

error: Content is protected !!