Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 14, 2023 @ 11:33am

Paling Murah RM488, Harga Tiket Konsert Dipertikai… Faizal Tahir Janji Persembahan Berbaloi

Penyanyi Faizal Tahir tampil memberi respons mengenai harga tiket konsert Aku Faizal Tahir yang menjadi pertikaian dalam kalangan peminatnya, sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Faizal telah mengumumkan bahawa dirinya akan mengadakan konsert sulungnya itu selepas 17 tahun dalam industri muzik, pada 2 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir Akhirnya Buat Konsert 2 September Ini!

Menurut Faizal, dia juga terkejut apabila pihak pengurusan meletakkan harga tiket yang dikatakan mahal oleh sesegelintir peminatnya.

“Soal harga saya tidak boleh nak jawab lebih-lebih sebab itu di luar bidang kuasa saya. Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya memang sedikit terkejut.

“Tapi perkara ini saya serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan dan seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak benda untuk ambil harga tiket macam tu.

“Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susahlah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan analisa  yang mereka sudah buat,” katanya.

Biarpun mengakui silapnya tidak mengambil pusing tentang harga tiket yang ditawarkan, Faizal bagaimanapun menjanjikan persembahan yang berbaloi buat peminat yang hadir.

“Mungkin itu salah saya sikit sebab sebab tak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton.

“Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak. Sejujurnya, saya agak pressure sikit bila tengok harga tiket seperti itu.

“Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi,” jelasnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Faizal ketika ditemui di sidang media Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur, sekitar Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sampai Syurga itu juga menyatakan dirinya tidak terkesan dengan sikap sesetengah masyarakat yang mampu berbelanja lebih untuk artis luar negara berbanding artis tempatan.

Namun, Faizal turut berharap agar perkara ini mampu membuka mata masyarakat untuk menghargai karya artis tempatan dengan harga yang setimpal.

“Ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita tengok sendiri. Saya boleh saja kalau nak cakap tentang isu ini tapi saya taknaklah sebab bukan macam itu.

“Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan.

“Saya rasa selama saya dalam industri ni saya suka orang yang boleh berfikir. Boleh justify sesuatu benda dengan baik dan tidak membuat tanggapan yang tidak berasas.

“Saya rasa 17 tahun tu, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk orang boleh hargai untuk membayar harga sebanyak itu,” katanya.

Untuk makluman, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September.

Orang ramai sudah boleh membeli tiket dengan harga bermula RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP), pada hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Konsert Tue, 6 Feb 2024

Kembali Gegarkan Malaysia, D’Masiv Cinta Sampai Kuala Lumpur Pikat Hati Lebih 5,000 Peminat

Kumpulan muzik popular Indonesia, D’Masiv kembali dengan konsert ‘Cinta Sampai di Kuala Lumpur’ dan telah memikat lebih 5,000 peminat di Megastar Arena Kuala Lumpur, Ahad lalu. Acara malam itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Tam […]

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Asyik-asyik nak kena bebel dengan bonda tau Datuk Aliff ni…

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

G-Dragon Gained a Lot of Weight and Fans Can Barely Recognise Him

He looks great but so different from before.

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Enot kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana dengan membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit

Trending Wed, 4 Jul 2018

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

error: Content is protected !!