Parenting By: Yanie Baharom February 1, 2019 @ 2:00pm

Amalkan membaca tujuh doa ini untuk kejayaan masa depan dan keperibadian mulia anak-anak

Rasulullah SAW bersabda, “Doa ialah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi.”

Berdasarkan petikan hadis-hadis sahih menunjukkan betapa pentingnya amalan berdoa bagi seorang hamba Allah SWT. 

Oleh kerana itu, sangat penting setiap ibu bapa mendoakan anak-anak mereka agar kehidupan si anak sentiasa dalam keberkatan, rahmat dan lindungan Allah SWT, sekali gus melahirkan zuriat yang berilmu dan beramal soleh.

Doa ibu bapa itu tiada hijabnya, seperti mana sabda Nabi SAW, “Tiga doa yang sangat mustajab yang tidak syak lagi (diterima oleh Allah SWT) iaitu doa orang teraniaya, doa orang yang musafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.” (HR at-Tirmizi).

Foto: Abi Ummi

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk anak-anak adalah:

1.  Doa agar anak rajin solat

‎رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40).

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah darIipada golongan yang menjaga solat. Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu hendak menerhatikan anak-anak setiap masa, mudah-mudahan dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.

 

2. Doa agar anak menjadi penyejuk mata

‎رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74).

Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga bahagia. Hal ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata serta penenang hati, malah doa ini juga memohon agar kita sebagai ibu bapa dapat menjadi suri teladan (qudwah hasanah) buat anak-anak.

 

3. Doa agar anak diberi rahmat

‎رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai hamba kepada Allah SWT, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan, malah doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah SWT.

 

4. Doa agar anak lembut hati

‎اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (Surah as-Syura ayat 19).

Doa ini dibacakan kepada anak agar hati anak menjadi lembut, tidak keras dan degil. Al-Latif adalah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut. Mudah-mudahan, dengan berkat kelembutanNya, anak kita juga mempunyai hati yang lembut.

 

5. Doa agar anak mentaati perintah Allah

‎رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيم

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128).

Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.

 

6) Doa mendapat zuriat yang baik

‎قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآء

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku daripada sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38).

Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria ketika memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun berkahwin, tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah SWT memperkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.

Doa ini sangat sesuai diamalkan agar kita dikurniakan zuriat yang baik akhlaknya. Bagi pasangan yang belum dikurnia rezeki zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.

 

7) Doa agar anak diberi kefahaman agama

‎اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Doa ni dibaca oleh Rasulullah SAW sewaktu Baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah SAW sewaktu hayat beliau.

Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.

 

Kesimpulan

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allah SWT kepada kita. Sudah pasti kita akan ditanya kelak bagaimana kita mendidik mereka. Oleh itu, didiklah anak dan berilah ilmu agama kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Jangan lepaskan peluang untuk doakan kebaikan anak-anak kerana doa ibu bapa kepada anak-anak adalah sangat mustajab.

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar” (Surah al-Anfal ayat 27-28)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 14 Jun 2018

Doa Achey Dan Isteri Beraya Sebagai Ibu Bapa Dimakbulkan Tuhan

Penantian lapan tahun pelawak Achey dan isteri untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

familuv Tue, 3 Dec 2019

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Fakta menarik dan cerita mengenai mitos serta haiwan liar menanti pembaca

Parenting Mon, 16 Apr 2018

Tawar Produk Makanan Berkhasiat Untuk Bayi. SquEEEze Me Baby Mudahkan Tugas Ibu

SquEEEze Me Baby ada menyediakan produk makanan bayi yang berkhasiat untuk anak anda daripada umur 6 hingga 12 bulan!

Featured Thu, 13 Feb 2020
Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Malu Nak Menyusu Anak Di Tempat Awam? 8 Tips Ini Boleh Bantu Anda

Sebenarnya susah ke nak breastfeed anak bila di tempat awam ini? Adakah masyarakat akan perhatikan kita yang sedang menyusukan anak? Mesti akan berasa malu kan?

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Featured Thu, 3 May 2018

3 Bahasa Asing Ini Boleh Menjanjikan Peluang Pekerjaan Yang Luas Untuk Anak Anda Kelak

Nanti senanglah nak berkomunikasi atau mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa.