Parenting By: tex_admin April 4, 2018 @ 12:31pm

Anak Kerap Demam Malam, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ibu antara orang yang paling risau apabila anak demam, lagi-lagi demam secara tiba-tiba pada waktu malam. Mesti tak tidur malam dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, demam merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan dan ia akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Jadi, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing masuk pada badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak anda demam.

Sebenarnya, tidak semua demam memerlukan ubat. Sekiranya anak anda masih aktif, makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Demam tersebut akan kebah dalam masa tiga ke lima hari. Tetapi, jika anak anda demam pada waktu malam dan darjah kepanasannya sungguh tinggi, mungkin menjadi petanda bahawa mereka mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

Sebagai ibu bapa, anda perlu memantau anak-anak yang demam pada waktu malam ini supaya terhindar daripada terkena ‘sawan tarik’ melalui cara ini:

1. Pastikan anak betul-betul demam

Termometer digital antara alat yang wajib ada bagi semua ibu bapa. Hal ini kerana, termometer tersebut akan digunakan untuk menyukat suhu anak-anak untuk mengenalpasti tahap kepanasan badan mereka ketika demam. Suhu badan yang normal biasanya 36- 37.4 darjah celcius. Ketahui pula tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:

  • Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius

2. Lakukan kaedah sponging

Mungkin teknik sponging atau menjelum kepala anak antara teknik sudah diketahui oleh para ibu. Teknik ini dilakukan untuk menurunkan suhu anak yang demam pada waktu malam.

Cara untuk melakukan sponging ini adalah:

Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil. Rendamkan tuala dan perahkan airnya. Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak secara perlahan-lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan. Seterusnya, lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala yang kedua dan biarkan di celah ketiaknya. Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala yang ketiga dan biarkan seketika. Anda boleh ulangi cara ini dan lakukan selama 30 minit.

3. Berikan anak anda ubat mengikut dos dan ketepatan masa

Biasanya, ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Anda boleh dapatkan ubat demam ini di klinik dan pastikan mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai dos dan waktu yang sesuai mengikut umur anak anda.

Ubat demam ini selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak-kanak serta dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan kepada anak anda tidak melebihi 4 dos sehari. Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos yang seterusnya pada jam 12 tengahari atau 6 petang dan jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara 11 atau 12 tengah malam. Jika anda mematuhi waktu ini, anak yang demam pada waktu malam boleh tidur dengan lebih selesa dan suhu malamnya tidak terlalu tinggi.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak 

Foto: Upi.com

Anda boleh letak sebotol air di tepi katil anak- anak. Jika anak sudah boleh memahami, beritahu mereka supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam atau pun minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Bagi anak yang masih kecil, anda perlu rajin memberikan mereka minum secara sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya 10 hingga 15 minit, suapkan 2 hingga 3 sudu air kepadanya. Cara lain pula, anda boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan sebagainya.

5. Pakaikan pakaian nipis

Anda digalakkan untuk memakaikan anak baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya pada waktu malam. Hal ini kerana, pakaian tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak yang demam. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga akan lebih selesa.

Kesimpulannya, para ibu bapa perlu peka apabila anak-anak demam pada waktu malam. Lakukan cara ini agar suhu badan anak cepat turun dan mereka akan sembuh. 

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga […]

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Parenting Wed, 28 Mar 2018

Jangan Beli Mainan Crystal Slime Clay Untuk Anak Anda. Boleh Bawa Maut!

Jika kita lihat, terdapat pelbagai lambakan barang mainan yang dijual pada hari ini. Kebanyakkan barang mainan tersebut diimport daripada negara China yang kita sendiri tidak ketahui tahap keselamatan dan kandungannya.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Hanis Zalikha Kongsi Tips Urus & Didik Anak Sekolah – “Displin Waktu Tidur Sejak Bayi…”

Min suka tengok anak beranak ni ❤️ Cara didikan Hanis & Hairul memang A+!

Parenting Tue, 5 Jun 2018

Anak Kecil Anda Buat Hal Di Pusat Membeli-Belah? Hindarinya Dengan 7 Tip Ini

Membeli-belah dengan anak kecil sedikit menduga iman lebih-lebih lagi ketika mereka meragam.

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Parenting Tue, 27 Feb 2018

Kuku Bukan Kudap-Kudap, Bagaimana Cara Mengatasi Tabiat Gigit Kuku?

Tabiat ini bukan saja boleh menyebabkan kulit jari terkelupas dan berdarah, malah boleh memberi implikasi kepada kesihatan.