Parenting By: tex_admin April 18, 2018 @ 4:14pm

Tak Nak Anak Lemas Ketika Tidur? Ikuti Tip Posisi Tidur Yang Betul Oleh Doktor Ini

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata yang akan mewarnai kehidupan harian mereka. Bagi anda yang sudah mempunyai anak pasti sudah tahu bahawa bayi yang baru lahir rutin harian mereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan ke atas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil.

Sememangnya bayi memerlukan tidur yang cukup. Kami mahu bertanya kepada anda, adakah sebelum bayi anda tidur, anda sudah pasti tempat tidur atau cara tidur mereka itu adalah selamat dan tidak bahaya yang boleh menjadi penyebab kematian?

Adakah, sekiranya bayi anda tidur di dalam buaian, anda datang jenguk mereka? Dan, adakah semasa bayi sedang tidur dalam posisi yang salah, anda akan perbetulkan posisi tidurnya? Jika semua jawapan anda adalah tidak, tak mustahil ia mampu mengancam nyawa anak kesayangan anda.

Bagi anda yang masih tidak tahu tentang posisi tidur yang betul untuk anak, ikuti tips daripada Dr. Norrashidah Abd Wahab, Konsultan Pediatrik Paru-paru.

1. Posisi terlentang

Foto: Kaltim post

Bagi bayi yang normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang lebih digalakkan. Posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Anda juga disarankan untuk meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

2. Posisi meniarap

Anak anda juga boleh tidur dalam posisi meniarap. Tapi, pastikan tilam yang digunakan tidak terlalu lembut. Anda juga perlu meletakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Jika anda mendapati bayi boleh mengalihkan muka mereka ke sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas dan selesa tidur dalam keadaan begitu.

3. Posisi mengiring

Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiring dan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakang badan supaya bayi tidak terlentang secara mengejut. Seperti yang anda tahu, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16 hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu dan menukar lampin. Atas faktor tersebut, anda dinasihatkan supaya menukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayi yang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.

Selain itu, kepada anda yang mempunyai bayi yang tidak normal seperti pra-matang atau sindrom down, anda perlu menitikberatkan soal posisi tidur anak-anak. Posisi tidur terlentang tidak digalakkan buat bayi yang tidak normal. Hal ini kerana, mereka ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah dan lembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentang kerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akan terjatuh ke belakang.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak mementingkan tentang posisi tidur yang betul untuk anak-anak. Kalau anda perasan, baru-baru ini terdapat kes bayi yang berumur sepuluh bulan meninggal dunia kerana tidur tertiarap di dalam buaian. Selain itu, bayi yang masih kecil juga akan mudah mendapat Sudden Infant Dead Syndrome (SIDS) atau sindrom kematian bayi secara mengejut. Hati-hati!

Sumber: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 14 Jun 2018

Doa Achey Dan Isteri Beraya Sebagai Ibu Bapa Dimakbulkan Tuhan

Penantian lapan tahun pelawak Achey dan isteri untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Featured Wed, 8 May 2019
Parenting Thu, 25 Jan 2018

Tip Ajar Anak Makan Sayur

Satu dilema di kalangan ibu bapa ialah, susah hendak memujuk anak-anak supaya makan sayur-sayuran. Setiap kali ada sahaja alasan mengelak yang diberikan oleh anak-anak apabila disuruh makan sayur. Tak sedap, rasa nak muntah, pahit dan macam-mcam lagi alasan klise. Jadi, bagaimana cara untuk memujuk anak-anak supaya menikmati makanan berkhasiat ini?

Featured Thu, 14 Jun 2018
Parenting Thu, 28 Jun 2018
Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

Parenting Sat, 14 Apr 2018

6 Cara Untuk Elak Anak Jadi Pemarah Yang Wajib Para Ibu Bapa Ketahui

Anak kecil yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa.

Parenting Wed, 17 Jan 2018

Adab Anak Di Rumah Orang

Entri Chef Selebriti Chef Wan di laman Instagram mengenai anak-anak tetamu di rumah terbuka yang nakal, membazir makanan dan menyerakkan rumah, tular sehingga mendapat perhatian netizen tidak berapa lama dahulu. Ketika menjadi tetamu ‘Wanita Hari […]

Acara Thu, 13 Jun 2019
Parenting Mon, 16 Apr 2018

Tawar Produk Makanan Berkhasiat Untuk Bayi. SquEEEze Me Baby Mudahkan Tugas Ibu

SquEEEze Me Baby ada menyediakan produk makanan bayi yang berkhasiat untuk anak anda daripada umur 6 hingga 12 bulan!

| Live TV