Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 29, 2024 @ 3:18pm

Pasangan Viral Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Kini Sah Bergelar Suami Isteri – “Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru”

Pasangan tular yang membawa anak mereka yang menggunakan alat pernafasan menaiki motosikal kini sah bergelar suami dan isteri pada petang Selasa.

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Azlan Ishak memaklumkan bahawa dia ingin membuka lembaran baharu dan mengharapkan orang ramai mendoakan mereka yang baik serta tidak menceritakan lagi perihal buruk mereka.

“Alhamdulillah, segala-galanya sudah selesai dan kami sudah menjadi suami isteri yang sah.

“Lepas ni tutup buku lama… buka buku baru dan saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk kami dan tidak menceritakan perihal buruk kami,” katanya.

Dalam pada itu, Azlan menyatakan bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan akan meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala.

“Saya sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan akan terus tinggal di rumah ibu saya di Taman Kota Nelayan, di sini dan menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya lagi.

Azlan dan pasangannya, Norhidayu selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Al Maarufi, Muhammad Hazamer Mualim yang berlangsung di Masjid Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah, Alor Setar pada jam 6 petang pada Selasa.

Majlis pernikahan itu dihadiri oleh ibu bapa, sanak saudara dan kenalan pihak pengantin perempuan.

Norhidayu menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin emas daripada pengantin lelaki.

Terdahulu, pasangan ini tular kerana membawa anak mereka, Mohd Aariz Zafran yang berusia 11 bulan memakai alat pernafasan menaiki motosikal dapat perhatian ramai warganet.

Anak mereka itu menghidap penyakit paru-paru kronik, gastrik angin dan limfa besar.

Malah, mereka juga menerima sebuah kereta Proton Persona hasil sumbangan pemilik sebuah kereta terpakai di Jalan Langgar untuk kegunaan mereka ke hospital.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Trending Thu, 17 Aug 2023

Masih Berahsia, Neelofa Tampil Perjelas Wajah Bayi Di Cermin Bukan Abdullah Abbas

Alamak salah faham rupanya! Tak sabar kan nak tengok wajah Abbas

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Trending Mon, 5 Oct 2020
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Mohon Doa Kalian Untuk Mama Saya”- Ibu Elyana Disahkan Positif Covid-19

Umum maklum keadaan kesihatan penyanyi Elyana yang kini menghidapi kanser limfoma tahap keempat. Sedang berjuanh melawan penyakit, Elyana sekali lagi berdepan dengan ujian apabila ibunya pula disahkan positif COVID-19. Menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan berita […]

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

[VIDEO] Sweetnya! Riena Diana Cair Dengar Keith Foo Cakap Cina

Riena Diana cair dengar Keith Foo cakap Cina walaupun tak faham

Featured Thu, 3 Aug 2023
error: Content is protected !!