Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 14, 2019 @ 10:18am

Pekerja Maut ‘Dipenggal’ Bilah Helikopter

Seorang lelaki terbunuh apabila bahagian kepalanya terkena bilah kipas helikopter sewaktu bekerja di lapangan terbang Barat Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Sheriff Hernando County berkata, mangsa, Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.

Difahamkan, lapangan terbang itu terletak kira-kira 64 kilometer di utara Tampa.

Pihak berkuasa berkata, kejadian bermula apabila dua orang lelaki menggunakan pedati kuasa untuk menghidupkan sebuah helikopter di situ. Bagaimanapun, secara tiba-tiba helikopter tersebut tersentak dan kemudian turun dari tempantnya.

Menerusi kenyataan sheriff, gerakan helikopter itu menyebabkan bilah utamanya berputar dan terkena kepala Disi yang berada berhampiran menyebabkan lelaki itu maut serta-merta di tempat kejadian.

Tambah kenyataan itu lagi, kecederaan itu boleh dikelaskan sebagai dipenggal, lapor stesen televisyen Tampa Bay WFLA-Ch. 8.

Menurut Polis Hernando County, Sheriff Al Nienhuis, penyiasat tidak mengesyaki terdapat perbuatan khianat, tetapi siasatan penuh akan dijalankan bagi mencari punca sebenar insiden malang itu.

Sumber : SunSentinel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Featured Sat, 16 Oct 2021

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah. Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 […]

Trending Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.

error: Content is protected !!