Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin March 8, 2019 @ 11:39am

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Mencuri bukan saja boleh memberikan kesan yang buruk kepada reputasi seseorang, malah boleh menjejaskan masa depan individu terbabit. Lebih-lebih lagi jika mencuri daripada majikan sendiri!

Satu video yang dimuat naik seorang netizen bernama Nicole pada 6 Mac lalu telah tular dalam media sosial.

Menurut China Press, wanita itu baru sahaja menamatkan tempoh pekerjaannya di Malaysia dan harus pulang ke negara asalnya. Namun begitu, majikannya mendapati pembantu rumahnya itu berkelakuan pelik dan membuat keputusan untuk melihat air kotak yang ingin dibawa bersamanya.

Dalam video terbabit, beliau mendedahkan perbuatan pembantu rumahnya yang cuba menyeludup sejumlah wang ke negara asalnya dan bernasib baik kerana dapat menghidu perbuatannya sebelum wanita berkenaan sempat menaiki pesawat.

Majikan itu dilihat meminta pembantu rumahnya itu untuk membuka kembali kotak air berkenaan, tetapi pembantu rumahnya dilihat cuba berdalih dengan memberi alasan ia sukar untuk dibuka.

Beliau diberikan gunting, namun masih enggan membukanya. Geram dengan sikap sambalewa pekerjanya itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunting sendiri kotak air berkenaan .

Lebih mengejutkan, wang yang terdiri daripada Dolar Singapura dan Yuan China itu dilipat secara kecil, disumbat dan dibungkus kembali dengan kemas ke dalam kotak air terbabit.

Difahamkan, sebelum itu anak majikannya pernah menyatakan beliau kehilangan wang tunai berjumlah RM6,000 dalam Dolar Singapura ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Keluarga berkenaan mengesyaki pembantu rumah itu, tetapi beliau menafikan!

Penemuan wang dalam kotak minuman itu menyebabkan pembantu rumah berkenaan menjadi suspek utama di sebalik kehilangan wang anak majikannya.

Seperti yang dilihat dalam video yang dirakam oleh suami majikan itu, pembantu rumahnya kelihatan langsung tidak berasa takut atau menyesal kerana ditangkap. Riak mukanya bersahaja seolah-olah tidak merasakan bahawa perbuatannya adalah salah.

Menakutkan bukan? Selidik dahulu latar belakang pembantu rumah sebelum anda mengambilnya sebagai pekerja!

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Trending Fri, 27 Oct 2023
Featured Mon, 25 Oct 2021
Featured Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Wed, 12 Nov 2025

Berjaya Ukir Senyuman Penonton, Filem The First Ride Angkat Tema Persahabatan & Impian

Diarahkan oleh Nam Dae-jung, filem ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Kang Ha Neul, Kim Young Kwang, Cha Eun Woo, Kang Young Seok & Han Sun Hwa.

Featured Fri, 8 Aug 2025

Fathia Latiff Sedar Wajah Dikrtitik ‘Tak Cantik’ – “Saya Tak Dilahirkan Untuk Kekal Sama”

Fathia anggap perubahan wajah bukan lesen untuk dirinya dikritik.

Featured Mon, 22 Nov 2021

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu. Itulah yang […]

error: Content is protected !!