Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 13, 2022 @ 3:44pm

Peminat Puji Hasil Karya Filem Pendek Imran Bard

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian peminat selepas berkongsi sebuah tayangan filem pendek yang dihasilkannya sendiri.

Filem pendek yang berjudul ‘BERADIK’ itu ditayangkan menerusi akaun YouTube Imran pada Sabtu lalu.

Filem itu berkisahkan tentang seorang gadis bernama Amalina yang tabah menjalani kehidupan setelah pemergian ibunya.

Amalina mempunyai seorang abang yang setia menjadi pendengar dan penghibur hatinya iaitu Amy.

Menerusi perkongsian itu, kebanyakan peminat Imran memuji bakat yang diperolehinya untuk berkarya.

“You’re the best guys. Tak sangka dapat tengok short film yang sedih” macam ni lagi. Quality memang terbaiklah. Walaupun pendek tapi jalan cerita memang dapat sampai dengan sempurna.

“Memang menusuk hati para penonton. Malaysia memang memerlukan lebih ramai anak muda yang berbakat dan kreatif macam ni. Memang terrrbaik geng!,” komen seorang pengikutnya.

“Hanya orang yang tengok short filem ni dengan hati je akan faham jalan ceritanya. goodjob Imran, buat banyak lagi lepasni!,” kata seorang peminatnya.

Bukan itu sahaja, peminatnya menyifatkan filem pendek yang dihasilkan oleh Imran buat pertama kali ini amat menyentuh perasaan dan menyayat hati.

Selain itu, filem tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 263,014 di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Tue, 30 May 2023
Events Mon, 14 Jul 2025

Pesta Durian Terbesar Di Malaysia Catat Malaysia Book of Records

Pesta durian terbesar Malaysia catat sejarah penyertaan teramai & paling besar.

Featured Thu, 16 Oct 2025

Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Pelakon dan usahawan jelita, Nora Danish kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video istimewa sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Mickey Ayo.

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Mon, 29 Aug 2022

Terpaling Juara: RM5,000 Milik Shaz, Tiada Penyingkiran… Ini Recap Konsert Kedua!

Konsert kedua Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga […]

Featured Mon, 1 Mar 2021

Moratorium Berakhir Mac Ini, Moratorium Menyeluruh Disarankan Buat..

Umum maklum, moratorium secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bakal berakhir Mac ini. Justeru, Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan […]

error: Content is protected !!