Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2025 @ 12:42pm

Pempengaruh Berpakaian Wanita Dicekup JAIM Ketika Buat ‘LIVE’ Di TikTok

Seorang pempengaruh media sosial lelaki berusia 25 tahun dilaporkan telah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok di Banda Hilir baru-baru ini.

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat, penahanan pempengaruh itu dilakukan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira‑kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.

“Ketika ditahan, individu terbabit berpakaian seperti perempuan. Memakai blaus ungu, rambut palsu bersanggul, kasut wanita dan anting‑anting,”katanya.

Difahamkan, kesemua barangan miliknya juga turut disita sebagai bahan bukti, manakala suspek dibawa ke pejabat JAIM untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Serbuan dilakukan berikutan aduan bahawa tindakan pempengaruh tersebut dianggap mempromosikan serta menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat.

JAIM menegaskan umat Islam dilarang mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan sensitif kepada rakyat Malaysia.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991: Lelaki berlagak seperti perempuan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM1,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua‑duanya sekali.

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Jun 2023

“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

‘Kalau Bekerja ok, saya akan ok dengan mereka’ – Puteri Balqis

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘ OK Kan Tengok Kat Mamak, Tak Dosa Kan?’, Tindakan Rita Rudaini Dipuji Netizen

Nama pelakon Rita Rudaini terus hangat diperkatakan di sosial media apabila sering memuatnaik gambar dan kapsyen ‘mengusik’ individu tertentu. Sebelum ini, Rita ada memaklumkan akan mempertimbangkan membawa dua anaknya Rayyan dan Arjuna ke stadium Bukit […]

Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

好友公开钟铉遗书!我彻底被忧郁吞噬了

已故韩团SHINee成员钟铉遗体移送到首尔松坡区医院灵堂,好友Dear Clund成员Nine前往悼念后,透过IG替他传达了遗书,「钟铉曾说如果他从这世界上消失了,请我一定要亲自上传这段​​文字,和家人商量后决定遵照遗言上传这段遗书。」

error: Content is protected !!