Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:23pm

Penganalisa- Apple Tidak Akan Guna Kamera Hadapan Yang Boleh Digerakkan

Bagi membolehkan paparan yang lebih luas pada skrin telefon pintar, syarikat pengeluar terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk meningkatkan nisbah skrin-ke-badan.

Hal ini boleh dilihat dengan kehadiran rekaan takuk pada bahagian skrin yang menempatkan lensa kamera hadapan. Rekaan tersebut mula menjadi topik perbualan ketika iPhone X diperkenalkan, dimana rata-rata pengguna telefon pintar berasa sedikit ternganggu.

Tidak mahu kelihatan terbawa-bawa dengan rekaan takuk, dua model iaitu Vivo NEX dan OPPO Find X tampil dengan teknologi kamera hadapan yang boleh digerakkan keluar dan kedalam. Menerusinya, layar paparan tanpa takuk lebih luas dapat diberikan kepada pengguna.

Mungkin ada yang beranggapan Apple akan mengikut jejak langkah dua jenama terbabit, tetapi berdasarkan pendapat oleh penganalisa, Horace Dediu, iPhone patut mengekalkan rekaan biasa tanpa teknologi terbabit.

“Tidak, saya tidak rasa iPhone akan menggunakan komponen yang boleh digerakkan.”

Menurut Dediu, walaupun kewujudan teknologi kamera hadapan bergerak boleh meningkatkan keluasan skrin paparan, ia dilihat boleh menimbulkan masalah dikemudian hari. Bahagian kamera yang bergerak itu sudah semestinya mempunyai jangka hayat yang tertentu. Disamping itu ia turut terdedah dengan beberapa masalah lain seperti masalah dimasuki air atau habuk dan sudah pasti ia bakal merumitkan keadaan.

Beliau turut menambah bahawa walaupun nisbah skrin-ke-badan dapat ditingkatkan apabila menggunakan kamera bergerak, ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Pendapat yang diberikan Dediu bertentangan dengan promosi Vivo NEX dan juga OPPO Find X dimana kamera hadapan yang boleh bergerak itu mampu bertahan dari habuk dan air. Selain itu, OPPO turut meyakinkan pengguna bahawa teknologi kamera bergerak itu sudahpun menjalani ujian lebih daripada 30,000 kali, kira-kira 150 kali penggunaan seharian.

Andai kata iPhone menggunapakai mekanisma kamera hadapan yang sama dipraktikkan oleh Vivo dan OPPO, adakah anda berminat untuk memilikinya? Apa pendapat anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 27 Dec 2018

Inilah cara Qualcomm Membuat Snapdragon 855 5G

Prestasi yang lebih pantas, keupayaan AI yang lebih bijak, sokongan Sonic Sensor 3D dan sokongan Qualcomm Elite Gaming. Begitulah cara Qualcomm mencipta Sistem terbaru di Chip (SoC), Snapdragon 855.

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Tue, 9 Oct 2018

Menarik! Jom Ubah Suara Pada Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Mon, 19 Feb 2018

KONTRAKTOR MENANG RUMAH MAIN PERADUAN CELCOM

Big Win adalah sebuah portal anjuran Celcom Axiata  di mana pelbagai peraduan menarik disediakan seperti trivia Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free, pencarian harta karun, permainan papan dan banyak lagi.

TECH Fri, 19 Jul 2019

Cara Mengelakkan “Lag” Ketika Bermain Mobile Legend

Memang “Syok” layan Mobile Legend, namun apa yang menjengkelkan kita ialah masalah sambungan internet yang selalu “Lag”. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengatasi masalah “Lag” apabila bermain MOBA. Pertama sekali pasang […]

TECH Wed, 7 Feb 2018

日本女机器人当主播!

被誉为「最逼真」的日本机器人“埃丽卡”确定找到了令人羡慕的新工作,即将从4月亮相电视荧幕,为观众播报新闻。不过,新闻主播需要流畅的语言能力,以及随机应变的灵活性,机器人能否胜任?

TECH Sat, 14 Sep 2019

Tahukah Youtube Boleh Dijadikan Pemain Lagu di iPhone

Selamat mencuba dan berseronok sambil mendengar lagu.

TECH Wed, 22 Nov 2017

Cara Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Terlalu menjaga privasi? Khusus kepada anda yang ingin menjaga privasi, terutamanya kepada orang yang tidak dikenali. Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara-cara untuk menetapkan mod privasi pada gambar profil Whatsapp. Buka aplikasi […]

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

error: Content is protected !!