Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 17, 2020 @ 10:44am

Penganjuran LIMA’21 Tahun Depan Dibatalkan

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21) yang sepatutnya bakal berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021 nanti dibatalkan.

Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, pembatalan tersebut berikutan impak ekonomi akibat wabak pandemik COVID-19 yang dilihat memberi kesan besar terhadap jumlah penyertaan pempamer dan pelabur dalam acara antarabangsa seperti LIMA.

“Ianya berkait rapat dengan langkah yang diambil oleh kebanyakan negara untuk menutup sempadan dan menyekat perjalanan ke luar negara bagi mengurangkan risiko penularan wabak tersebut, seterusnya menyukarkan pihak kementerian untuk mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan.

“Selain itu, kekangan masa dalam keadaan mencabar juga menyumbang kerana penganjuran acara berskala besar seumpama ini memerlukan tempoh yang wajar agar dapat dirancang dengan teliti dan terperinci termasuk untuk menjalankan aktiviti promosi dan publisiti bagi mendapatkan sasaran penyertaan dan juga memenuhi keperluan pelbagai sektor yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Dalam pada itu, ia sekaligus akan turut mempengaruhi impak kepada penjenamaan LIMA yang selama ini diklasifikasikan sebagai pameran maritim dan aeroangkasa utama di rantau Asia.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut menjelaskan, pembatalan tersebut juga dipengaruhi faktor pulangan perbelanjaan kerajaan dan syarikat penganjur.

“Kos penganjuran LIMA’21 dijangka meningkat mengambil kira keperluan untuk memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Dengan jangkaan jumlah penyertaan akan berkurangan, adalah sukar untuk mencapai pulangan pelaburan berbanding kos yang dikeluarkan oleh kerajaan dan penganjur,” tambah kenyataan itu lagi.

SIARAN AKHBAR PEMBATALAN PENGANJURAN PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM DAN AEROANGKASA LANGKAWI 2021 (LIMA’21)

Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Thursday, 16 July 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Thu, 4 Jun 2026

Mahu Luaskan Pengaruh Muzik Di Malaysia, Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta

Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh muncul dengan Natijah Cinta.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Enggan Susahkan Penganjur & Tak Mahu Hampakan Peminat, Ayu Damit Teruskan Menyanyi Walaupun Baru Tiga Hari Bersalin

Power lah! Baru 3 hari bersalin… dah boleh nyanyi siap tarik nada tinggi lagi!

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Featured Sat, 29 Mar 2025

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Ryan Bakery tampil dengan karya sulung ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

error: Content is protected !!