Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom May 30, 2018 @ 1:00pm

Pengaruh Kuat Bollywood Sedari Kecil, Asyu Pilih Saree Sebagai Fabrik Utama Dalam Rekaannya

Kecintaannya pada lagu dan filem Bollywood, kekagumannya terhadap kecantikan juga ketampanan aktres dan aktor negara itu, memberi pengaruh yang cukup besar pada pengenalan koleksi perdananya.

Satu tindakan yang cukup berani kerana tampil dengan rekaan yang jarang digayakan ketika Lebaran, Asyu Vianaa Mohd Raffi (Asyu) selaku pemilik butik Fabvianaa, percaya koleksi diperbuat daripada fabrik Saree mempunyai pasaran tersendiri.

Foto: Instagram fab.vianaa

“Maestro Fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim sendiri turut menggunakan fabrik Saree untuk koleksi Rizalman For Zalora 2018.  Sebagai seorang yang mahir dalam selok-belok dunia fesyen, pastinya beliau mempunyai alasan kenapa beliau memilih Saree.

“Sebagai pencinta Bollywood pula, rasanya percaturan saya ini tidak salah. Saya yakin Saree mempunyai pasaran tersendiri,” katanya ketika ditemui di Platinum Lounge, MM Cineplexes, E-Curve, Mutiara Damansara.

Foto: Instagram fab.vianaa

Melewati majlis pelancaran yang bertemakan glitz dan glamor ala Bollywood itu, turut diadakan pelancaran web e-perdagangan www.fashioniv.com sebagai salah satu keutamaan acara.

Sebanyak 4 produk yang terdiri daripada pakaian, turban, beg tangan dan pakaian dalam telah dilancarkan di majlis yang penuh gemilang dihadiri oleh pereka-pereka fesyen tempatan, tetamu-tetamu kenamaan dan barisan artis ternama.

Foto: Instagram fab.vianaa

Fabvianaa menyediakan koleksi pakaian wanita menggunakan kain saree yang diimport dari India. Menggunakan fabrik Saree sebagai material utama, Fabvianaa membawa dimensi baru kepada fesyen etnik dengan menggabungkan gaya fesyen moden dan tradisi yang selesa dipakai di mana sahaja oleh wanita pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Koleksi yang cukup versatil ini juga boleh disuai padan mengikut citarasa pemakai. Selain itu, butik Fabvianaa turut menyediakan perkhidmatan Penilaian Imej, pengubahsuaian pakaian, personal shopper dan custom made.

Foto: Instagram fab.vianaa

Ujar wanita berdarah campuran Pakistan itu, koleksi Fabvianaa berazam untuk memperkasakan wanita muda agar berani, tabah dan yakin untuk menggapai apa-apa sahaja yang mereka mahukan dalam hidup dan menganggap fesyen sebagai ekspresi diri mereka terhadap kehidupan.

Kemuncak majlis minum petang itu adalah persembahan kejutan oleh kumpulan Hip Hop lagenda NICO G yang menyanyikan lagu popular mereka iaitu Inilah Nasibku.

Foto: Instagram fab.vianaa

Kemeriahan digamatkan lagi dengan lelongan koleksi kasual dan raya Fabvianaa yang dipakai oleh pasangan adik-beradik selebriti popular, Yasmin Hani dan model-model di pelancaran tersebut.

Foto: Instagram fab.vianaa

Keunikan produk fesyen Fabvianaa

Koleksi turban : direka menggunakan material krepe dengan lipatan reben baldu.

Koleksi beg tangan : direka menggunakan material Jacquard, satin, Labuci (sekuin).

Koleksi pakaian dalam : direka menggunakan material lycra dengan piihan lengan panjang berleher tinggi ataupun tanpa lengan berleher tinggi.

Koleksi pakaian : direka menggunakan material georgette eksklusif dengan panel bersulamkan benang emas dan perak bertahtakan permata dan mutiara. Koleksi pakaian menampilkan 2 gaya iaitu gaya kasual dan Raya.

Foto: Instagram fab.vianaa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Jom Belajar Cara Lilitan Turban Yang Kemas Dan Berstail Ini

Gaya turban akan jadikan wajah anda bentuk ‘diamond’. Barulah style!

Oh Lawa Thu, 10 Jan 2019
Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Tue, 8 Jan 2019
Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Oh Lawa Thu, 4 Apr 2019

Swiss Image tembusi pasaran Malaysia, kini boleh didapati di Watsons!

Swiss Image produk yang diformulasi daripada sumber mineral Alpine Swiss iaitu Alpine Glacier Melt.

Featured Fri, 5 Oct 2018
Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

error: Content is protected !!