Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 27, 2021 @ 8:35pm

Penyanyi Filipina Clara Benin Tampil Dengan Single Suara Hati

Penyanyi Filipina, Clara Benin telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati.

Lagu ini adalah terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015.

Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama artis yang sedang meningkat naik di rantau ini, proses rakaman Suara Hati dihasilkan dalam Bahasa Indonesia dengan bantuan penerbit muzik profilik, komposer dan pakar instrumen, The Ringmaster.

Beliau pernah bekerasama dengan penyanyi tersohor Filipina termasuk band UDD serta Ang Bandang Shirley.

Menurut Clara, dia menyedari kepentingan untuk menghasilkan lagu ini dengan baik agar ia kedengaran asli serta tidak lari daripada lenggok asalnya.

“Adalah sangat penting buat saya untuk menghasilkan lagu ini kedengaran asli dan masih mengekalkan lenggok asalnya.

“Penerbit saya, The Ringmaster, memudahkan proses itu kerana dia sebenarnya memang pernah membesar di Indonesia dan fasih bertutur bahasa itu. Dia banyak bantu saya betulkan sebutan serta penyampaian dalam aspek vokal.

“Selain itu, Berto Pah, yang juga pemain Sasando Indonesia, turut membantu dalam menjadikan bunyi lagu ini lebih asli,” ujarnya.

Kata Clara, Suara Hati mengisahkan tentang cinta yang ada di sekeliling manusia. Penceritaan lagu ini juga tidak berbeza dengan lagu asalnya yang popular sebelum ini.

“Lagu ini mengisahkan tentang cinta, cinta ada di mana-mana, ia ada bersama kita dan di sekeliling kita.

“Suara Hati dan lagu asalnya Tila tidak membawa maksud berbeza, ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia tanpa mengubah maksud asal lagu ini,” katanya lagi.

Memandangkan Suara Hati mendapat sambutan positif, Clara yang bernaung di bawah label OFFMUTE terbuka untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa-bahasa lain sekiranya berpeluang pada masa akan datang.

“Memandangkan Suara Hati mendapat sambutan yang baik, jadi saya tidak keberatan untuk menyanyikan lagu yang diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain juga,” katanya gembira.

Terdahulu, lagu Tila mendapat sambutan luar biasa apabila distrim lebih enam juta kali di Spotify dan YouTube.

Kini, Suara Hati boleh dinikmati di semua platform digital menerusi OFFMUTE.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mnet’s Under Fire Again, This Time It Happened Back Stage

When it comes to Mnet; another day, another drama.

Featured Tue, 31 Mar 2026

“Bapa Kandung Tak Malu Ke?”- Ika Nabila Kagum Idea Hantaran Syed Saddiq Untuk Masa Depan Ayden & Ara

Ika Nabila meluahkan rasa kagum terhadap idea yang dikongsikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kepentingan merancang masa depan anak-anak.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Thu, 1 Aug 2024
Featured Wed, 22 Jun 2022

Syamsul Yusof Bakal Berkahwin Lagi? Ini Respons Puteri Sarah Liyana – “Hati Saya Tenang Sekembali Mengerjakan Umrah, Tapi Soal Tu Saya…”

Sayu pula min dengar luahan hati Puteri Sarah 😭🥲 Apapun, min doakan semoga mahligai cinta bersama Syamsul dilindungi ❤️

error: Content is protected !!