Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 27, 2025 @ 12:09pm

“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mencuri tumpuan apabila menjawab pertanyaan siapakah penyanyi wanita kegemarannya kini.

Menerusi sebuah video tular, pengacara dan penyampai radio, Radin mengajukan soalan tersebut ketika Fattah menjadi tetamu dalam siaran langsung TikTok Paranexmal yang turut disertai oleh selebriti, Roslan Shah.

Dengan pantas dan tidak berselindung, aktor drama rantian terkenal Lelaki Itu menyebut nama selebriti, Amira Othman yang merupakan penyanyi wanita kegemarannya.

“Penyanyi wanita kegemaran saya, Amira Othman. Kita sokong rakan sekerja. Terus terang saja jawab,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja mendengar jawapan pelantun lagu Wanita Terakhir itu.

@lovefattmira

Always support rakan sekerja 🤍💙 #fattmira #fattahamin #amiraothman #fattahamiramoments

♬ Cinta Terakhirku (From “Dari Rahim Yang Sama”) – Amira Othman

Sebelum ini, nama Fattah dan Amira hangat menjadi perbualan di media sosial susulan tersebar dakwaan mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2026

“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular

Fazura memilih untuk berlapang dada apabila menerima permohonan maaf daripada seorang individu yang sebelum ini memuat naik video tular melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

Hiburan Sun, 19 Apr 2026
error: Content is protected !!