Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 25, 2018 @ 2:11am

Perangkap Lipas Tak sampai 10 Ringgit Pon, Tetapi …

Lipas, salah satu binatang yang menggelikan. Buat la bermacam cara sekalipun, pasti lipas akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu. Lebih merimaskan kalau kita jumpa lipas dalam kereta. Mesti stress. Nak tangkap semua lipas dalam kereta pun susah sebab lipas ini sentiasa berkeliaran.

 
Jangan runsing, sebenarnya ada cara yang mudah untuk hilangkan semua lipas dalam kereta anda. Tak perlu susah susah buat perangkap lipas DIY. Rujuk je tips yang dikongsikan oleh Faris Addenan melalui laman facebook beliau. Beli perangkap lipas di pasaraya dengan kos tak sampai RM 10, balik dah boleh terus guna. Paling penting cara ini lebih kemas dan praktikal.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Selamat mencuba.

Kereta kami yang baru mencecah usia 10 tahun kini terpaksa dikongsi dengan rakan sekereta yang semakin banyak, iaitu LIPAS!! Bukan jenis lipas yang besar, tetapi spesis lipas yang kecil-kecil comel lote. Gitu.

Dulu tak ada sebab tak ada makanan bersepah. Kini setelah ada 2 anak kecil yang pandai makan biskut, roti, jajan dan aiskrim. Populasi lipas telah bercambah dengan mendadak.

Biasanya mereka keluar bersiar-siar dan berpiknik pada waktu malam. Mungkin kerana udara yang lebih nyaman dan sejuk.

Bila tiba waktu malam, lipas-lipas berkeliaran dan adakalanya ketika hendak masuk ke dalam kereta, kelihatan mereka sedang beristirehat pada baby chair. Melampau dah ni.

Saya bertanya masalah ini kepada sahabat saya Shafiq Rahman yang telah berjaya mengatasi masalah ini. Dia cadangkan beli perangkap lipas jenama Family di pasaraya. Dia telah cuba produk ini. Berkesan katanya.

Di Pasaraya Giant Sungai Chua Kajang, harganya RM7.89 satu kotak. Dalam tu ada 5 perangkap. Ikut saja arahan pemasangan. Memang simple dan mudah.

Tinggalkan pada waktu malam di dalam kereta. Di atas sofa, di bawah sofa, di bahagian belakang kereta dan sebagainya. Tunggu esok pagi…….

 

Hasilnya, memang menakjubkan. Atuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu sepapat, adik beradik lipas semua terperangkap pada kertas melekit tersebut.

 

Perangkap tersebut kita boleh guna semula pada esok malam. Tapi hasilnya kurang sedikit sebab ‘panadol’ lipas dah kurang bau.

Saya ada terbaca perangkap lipas DIY guna minyak masak terpakai + butter + susu pekat. Boleh juga. Lebih jimat kot. Tetapi agak messy bagi saya. Cara ini lebih kemas dan bersih. Lepas guna, esok pagi terus buang dalam tong sampah.

Alhamdulillah populasi lipas berjaya dikawal. Nak bunuh semua ada yang cadangkan spray je Ridsect dalam semua lubang-lubang yang ada. Tetapi 3-4 hari kereta berbau Ridsect.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

Mimi Lana berharap dapat anak kembar

Featured Tue, 26 Dec 2023
Trending Tue, 14 Aug 2018

农历七月抓交替?溪边惊见裸男浮尸 救难队到场竟「复活」

农历七月鬼门开,坊间盛传溪边、海边都会有水鬼「抓交替」;近日就有一名男网友在网路上PO出一段影片,只见一名裸男面部朝下,趴在湍急的水流中央……

Featured Tue, 22 Nov 2022

Jawab Persoalan Warganet, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 […]

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

PU Riz Tegur Netizen Suka Bercakap Perihal Orang Lain – “Satu Kalimat Boleh Bawa Ke Neraka, Diam Lebih Baik”

PU Riz sempat menitipkan pesanan kepada netizen untuk tidak kritik fizikal orang

error: Content is protected !!