Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 4:41pm

Peranti iPhone 2018 Dilapor Akan Hadir Dengan Lebih Variasi Warna

Setiap kali peranti terbaru iPhone diperkenalkan, peminat-peminat mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Seperti yang sering terjadi, mereka sanggup beratur panjang sejak awal pagi untuk menjadi antara pemilik terawal bagi peranti iPhone untuk tahun berkenaan.

Apple tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi mempromosikan produk iPhone mereka. Akan tetapi, terdapat sedikit keluhan daripada peminat mereka di mana peranti iPhone sering dilancarkan dengan variasi warna yang sama – hitam, perak, dan emas.

Variasi warna pada iPhone 7

Namun, berita baik untuk peminat iPhone kerana Apple dilaporkan telah mendengar keluhan mereka. Ini kerana menurut laporan 9to5Mac, model iPhone pada tahun ini dijangka akan diperkenalkan dengan lebih pilihan warna. Warna yang mungkin akan disertakan ialah biru, merah, dan jingga.

Warna merah yang terdapat pada peranti iPhone sebelum ini merupakan edisi istimewa PRODUCT(RED).  Tidak dapat dipastikan sama ada warna merah pada peranti terbaru iPhone nanti adalah edisi yang sama atau variasi warna daripada Apple sendiri.

Sumber : Apple

Apple dijangka akan memperkenalkan tiga versi iPhone pada tahun ini iaitu peranti iPhone X yang dinaiktaraf, iPhone X Plus dengan skrin 6.5 inci OLED dan sebuah model iPhone dengan harga mampu milik. Model ini dikatakan akan menggunakan paparan skrin LCD 6.1 inci dan akan hadir dengan bezel nipis pada paparan hadapan peranti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 8 Sep 2018

Lazada Launches LazMall and 9.9 Online Sale is Soon Approaching!

It’s gonna be a crazy shopping weekend!

TECH Sun, 26 Aug 2018

Matikan Windows Defender Pada Windows 10 Secara Sementara Atau Kekal

Kepada anda yang sudah menggunakan perisian anti virus luar, berkemungkinan akan ada konflik sekiranya terdapat dua perisian anti virus dalam satu PC.

TECH Mon, 15 Oct 2018

Cara Membuat Tulisan Berwarna Pada Whatsapp

Adakah anda bosan dengan warna ‘Whatsapp’ anda?Jika ya,anda perlu cuba tips ini.

FESYEN Wed, 27 Dec 2017

Tips Ketahui Cara Untuk Muat Turun Tanpa Had Melalui Rangkaian Selular Buat Peranti iOS

Terbaru, melalui kemaskini iOS 11, pihak Apple telah mempertingkatkan had saiz muat turun kepada 150 MB berbanding 100 MB pada versi yang terdahulu.

TECH Sun, 31 Mar 2019

‘Clone’kan Telefon Pintar Anda

Jika anda ingin meng’clone’kan telefon pintar anda,ketahui cara ‘clone’kan telefon pintar anda disini.

TECH Thu, 3 Oct 2019

华为推介13款新产品!与HMS共同打造一个全生态系统

Huawei Malaysia推介13款新产品!与Huawei Mobile Service携手打造一个全生态系统。

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

TECH Tue, 8 Oct 2019

Cara Mengaktifkan Tema Gelap Di Windows 10 v1903

Tema gelap Windows 10 ditambah baik sejak pertama kali ia diperkenalkan tahun lalu.

TECH Sun, 26 May 2019

Cara senang sembunyikan Akaun Facebook daripada Google!

Kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba untuk mengelakkan ianya dipaparkan pada keputusan carian.

TECH Mon, 5 Feb 2018

DO YOU HATE MEETING PEOPLE? THEN THIS NEW TECHNOLOGY IS FOR YOU

This new technology-slash-service is comparable to a ‘Human Uber’ as you won’t have to meet people in real life anymore.

error: Content is protected !!