Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 30, 2018 @ 2:15pm

Perghh Lawa Betul Ais Krim Kat Kafe Ini. Nak Makan Pun Sayang

Warga Lembah Klang yang suka tangkap gambar makanan untuk dimuatnaik di Instagram, ada berita baik untuk anda!

Rangkaian kafe ais krim Urban Artisan, yang kini sudah dibuka di Pulau Pinang dan Johor Bahru, akan membuka cawangan ketiganya di KL!

Kafe hipster ini terkenal dengan rupa ais krim soft-servenya yang menarik dan berwarna-warni. Jadi memang sesuailah untuk pengguna-pengguna Instagram yang gemar menangkap gambar dessert. Gerenti ia boleh menghiasi akaun media sosial anda.

Cantik kan?

Urban Artisan juga menawarkan seleksi perisa-perisa yang luar biasa, seperti Thai Tea; Japanese Black Sesame; Coal Back Thai Coconut; Matcha & Roasty Hojicha; Taro Yam; Emerald Melon; De Mango Mango; Chocolate Caramel; Binggrae Banana Milk & Caramel; Sea Salt Caramel Blue; Finest Strawberry; Premium Green Tea; Cheese Cake; Quenchy Watermelon; Hokkaido Lavender; Pure Lychee dan Royal Blueberry.

Wow! Macam-macam ada! Anda boleh pilih dua perisa yang berbeza untuk satu hidangan ais krim kon. Gabungan warnanya itu yang akan mencantikkan gambar anda.

Juga menarik tentang kafe ini ialah menunya yang sering ditukar mengikut musim. Maknanya anda kena kerap datang untuk check out perisa-perisa unik yang mereka akan keluarkan.

Kalau anda tak nak makan dessert anda dengan kon, cuba charcoal toast. Rasa arang dalam roti ni gerenti memang kena dengan mana-mana perisa ais krim. Kalau tak minat toast ini, jangan risau! Waffle pun anda.

 

A post shared by Huey M. (@hueymelanie_) on

Gambar di atas merupakan hidangan “Charcoal Toast With Sea Salt & Peanut Butter Icecream”. Terliur tengok!

Urban Artisan juga menyediakan dessert lain seperti parfait dan waffle sandwich.

Untuk mereka yang tak minat ais krim atau nak jaga badan, boleh try frozen yogurt! Macam-macam perisa ada, seperti perisa original, tembikai dan nenas!

Cawangan KL ini dijangka akan dibuka pada minggu kedua bulan April, jadi jom datang beramai-ramai ke kafe hipster ini. Jangan lupa untuk tangkap gambar!

Urban Artisan KL terletak di 149, Jalan Petaling Street, 50000 Kuala Lumpur, dan buka dari pukul 12 tengahari ke 10 malam (untuk hari Ahad hingga Khamis), atau 12 tengahari ke 11 malam (Jumaat dan Sabtu).

Cawangan Johor Bahru pula bertempat di 47, Jalan Austin Heights 8/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru; manakala cawangan Georgetown terletak di 122-C, Jalan Burma, 10050 Georgetown, Penang.

Nota penting: Urban Artisan menghidangkan perisa-perisa yang non-alcoholic.

Sumber: Have Halal Will Travel, Instagram Urban Artisan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Jul 2018

Rumah Banyak Cicak? Ini DIY Perangkap Cicak Paling Berkesan Yang Anda Perlu Tahu

Guna bahan dapur saja untuk buat perangkap cicak. Awas ya cicak!

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018
Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Harta melayang, maruah tergadai. Awas, lelaki si pisau cukur!

Mulut manis dan kedekut antara ciri khas mereka

Gaya Hidup Sun, 29 Apr 2018

Susah Nak Tidur? Cuba 6 Tip Cepat Lena Yang Terbukti Berkesan Oleh Sains

Mungkin anda ada petua tersendiri, tapi 6 cara ini telah dibuktikan oleh sains.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Jarang Ada Masa Untuk Diri Sendiri? 7 Tips Ini Mesti Buat Anda Senyum Sepanjang Hari

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang setuju jika kami simpulkan bahawa bukan mudah menjadi ibu bapa pada zaman yang begitu mencabar ini, betul kan? Susahnya nak lihat golongan ini senyum lebar di pagi […]

Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Dengar Macam Pelik Bin Ajaib, Tapi 5 Tip Kesihatan Ini Khabarnya Berkesan!

Pernah atau tidak anda mengamalkan petua atau tip yang kedengaran pelik tetapi berkesan dalam menyembuh dan merawat jenis penyakit atau masalah yang dialami anda.

Dan paling WOW!  sekali sesetengah tips atau petua itu lebih baik dan berkesan daripada menggunakan perubatan moden. Nak tahu apa 5 tips itu, let’s check it out! 

Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
error: Content is protected !!