Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2023 @ 5:38pm

Perkenal Album Ketiga, Fourtwnty ‘Nalar’ Tour Bakal Ubati Kerinduan Peminat Malaysia

Saat tembang Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman pastinya sudah tidak asing lagi bagi golongan peminat yang menjadikan muzik folk sebagai pilihan.

Dianggotai oleh lima anak muda berbakat, Kumpulan Fourtwnty bakal mengadakan siri jelajah di beberapa lokasi terpilih di Malaysia termasuklah, Kuantan, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula 13 Oktober depan.

Menurut Ari Lesmana selaku vokalis, siri jelajah ini adalah sesuatu yang dianggap luar biasa bagi Kumpulan Fourtwnty.

Bahkan, single dalam album Nalar berjudul Larasuka antara ‘senjata’ yang berjaya menarik peminat dan penggemar muzik lirik puitis di Malaysia.

“Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga kami, Nalar, setelah beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur.

“Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Ari berkongsi mengenai judul album ketiga Fourtwnty ‘Nalar’ yang membawa maksud sederhana, sentiasa, selalu, namun pengisiannya membawa mesej yang cukup besar.

Disamping itu, dia juga menyifatkan album ini sebagai ubat bagi mereka yang mempunyai masalah yang tidak dapat diungkapkan.

“Nalar adalah sebuah ubat buat kalian yang mungkin punya sesuatu hal yang tidak bisa disembuhkan, ubat ini kami racik sedemikian rupa,” jelasnya.

Mengangkat tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan menerusi televisyen mahupun platform penstriman tetapi dengan mengadakan siri jelajah yang akan terlebih dahulu diadakan di Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023.

Buat peminat Fourtwnty yang ingin mendapatkan tiket bolehlah layari www.myticket.asia ATAU boleh semak Fourtwnty ‘Nalar’ Tour di lokasi terpilih seperti berikut;

1. Kuantan  

Tarikh: 13 October 2023  

Lokasi: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang  

Tiket  

Diamond (Standing) – RM175  

Platinum (Free Seating) – RM 125  

Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

2. Johor  

Tarikh: 15 October 2023  

Lokasi: Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor  

Tiket  

Diamond (Standing) – RM200  

Platinum (Free Seating) – RM150  

Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

3. Pulau Pinang  

Tarikh: 20 October 2023  

Lokasi: Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang  

Tiket  

Diamond (Standing) – RM200  

Platinum (Free Seating) – RM150  

Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum)  

4. Kuala Lumpur  

Tarikh: 22 Oktober 2023  

Lokasi: Zepp, Kuala Lumpur  

Tiket  

Meet & Greet (VIP Box) – RM500  

Diamond (Standing) – RM225  

Platinum (Standing) – RM150  

Gold (Premium Seats) – RM 225  

Gold (Seated) – RM150 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Antara Singapura- Malaysia, Akhirnya Adi Putra Buka Mulut!

Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Wed, 17 Jul 2019
Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Merisik Di Media Sosial Mungkin Ada…” – Dr Fie Jawab Spekulasi Sudah Jumpa Pengganti

Dr Fie menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Bila Ada Rasa Dengki, Itu Bukan Kawan” – Aznil Akui Hilang Kepercayaan Pada Sahabat, Pengalaman Lama Masih Berbekas

Aznil berkata pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menerima kehadiran seseorang sebagai teman baik.

Trending Mon, 8 Jan 2018

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Mati Terjatuh Dari Tingkat Lima Asrama

error: Content is protected !!