Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Parenting By: Ad Ops April 30, 2018 @ 4:00pm

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Kini ada program Internet yang menyediakan perkhidmatan babysitter di mana anda hanya perlu tempah bila mahu.

Sama macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Program ini dipanggil KiddoCare, dan ia adalah hasil kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Untuk menggunakannya, register di www.kiddocare.my. Anda boleh pilih berapa lama anda perlu menggunakan servis ini (paling minimum 2 jam satu syif), dan tetapkan berapa orang anak untuk dijaga (maksimum 3 orang anak untuk satu syif).

Sistem program ini akan mencari babysitter yang ada berdekatan dengan rumah anda, berdasarkan preference anda; nak yang English-speaking ke, nak yang mahir dalam sesuatu bidang ke, ataupun nak yang mempunyai rating tinggi (gred diberi oleh KiddoCare).

Sebaik saja tempahan dan bayaran telah dibuat, KiddoCare akan menghantar babysitter yang dipilih ke rumah pelanggan.

Selain itu, KiddoCare juga menawarkan pakej penjagaan basic ataupun premium. Jenis yang basic hanya menawarkan penjagaan asas. Jenis premium pula menawarkan servis babysitter yang lebih menyeluruh termasuklah aktiviti-aktiviti yang merangsang perkembangan otak kanak-kanak tanpa menggunakan gajet.

Peluang pekerjaan

Salah satu sebab mengapa KiddoCare ini disyorkan ialah servis ini memastikan para babysitter di bawah syarikatnya mempunyai qualification yang betul dalam penjagaan kanak-kanak. Bukan sesiapa saja yang boleh bekerja di bawah KiddoCare!

Wanita-wanita yang berminat untuk menjadi babysitter pun boleh apply dengan KiddoCare. Jika mereka belum ada sebarang kelayakan yang sah, mereka perlulah melalui Program Pendidikan Kanak-Kanak Awal Permata yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terlebih dahulu.

Setelah menerima qualification, penjaga ini perlu melalui kursus ringkas yang disediakan oleh KiddoCare. Lepas itu baru mereka diiktiraf dan boleh mula menjadi babysitter yang sah di bawah KiddoCare.

Bukan sekadar training saja, para babysitter ini juga akan diperiksa dari segi kesihatan serta rekod jenayah. Wah!

Jadi ibu bapa tak perlu risau jika babysitter mereka tak pandai menjaga kanak-kanak atau mereka adalah jenis yang mendera budak kecil.

Foto: kr8tifexpress.com

Berminat? Ketahui lebih lanjut tentang KiddoCare dengan melayari laman web rasminya di http://www.kiddocare.my/.

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Tue, 27 Feb 2018

Anak Mudah Jatuh Sakit Gara-Gara Alat Permainan Penuh Bakteria? Cuba 8 Tips Ini

Pernah tak korang terfikir alat permainan yang anak-anak korang suka itu sebenarnya ada bakteria? Hmm, perkara ini jangan ambil mudah tau! Jika alat permainan atau permukaan tempat si kecil tidak bersih, bakteria dan virus akan mudah berpindah dengan jayanya kepada mereka sekaligus meningkatkan risiko jangkitan. JAGA-JAGA!

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

Parenting Thu, 18 Jan 2018

Perlu Atau Tidak Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak?

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Malah ada yang lebih berani […]

Parenting Thu, 24 Jan 2019

Bentuk sikap berdikari dalam diri anak-anak melalui aktiviti praktikal

Semoga anak-anak kita semua lebih berdikari!

Parenting Wed, 6 Feb 2019
Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Parenting Fri, 1 Jun 2018

3 Perkara Yang Anda Perlu Elak Ketika Mengajar Anak Berpuasa

Kalau boleh, ajar dia untuk berpuasa secara ikhlas dan bukan kerana dipaksa.

Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

error: Content is protected !!