Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 21, 2018 @ 9:34am

Permainan Video Mungkin Terlibat Dalam Sukan Olimpik Pada Masa Akan Datang

Permainan video dianggap sebagai membazir masa dan wang oleh sesetengah pihak sejak dari dulu lagi. Namun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang sudah membuka mata bahawa industri permainan video ini juga boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang terlibat.

Hari ini, bukan sahaja pembangun permainan yang mendapat pendapatan lumayan, malah pemain juga berpeluang menerima habuan ribuan malah jutaan ringgit hanya dengan bermain permainan video. Ia juga telah dikategorikan sebagai acara sukan oleh Kesatuan Olimpik Antarabangsa(OIC) tahun lalu.

Kredit : Steemit

Sehubungan dengan itu, presiden OIC, Thomas Bach tidak menolak kemungkinan bahawa permainan video turut akan disertakan sebagai salah satu dari acara dalam sukan Olimpik pada masa akan datang. Beliau menyatakan sedemikian ketika ditemuramah oleh wartawan LA Times pada Jumaat.

Bagaimanapun, Bach menegaskan ianya tidak akan berlaku pada temasya Olimpik Tokyo pada 2020 mahupun Paris 2024. Perkara ini akan dibincangkan bersama ahli OIC bagi menentukan sama ada e-ports akan disertakan pada temasya Olimpik Los Angeles 2028 atau tidak.

Kredit : Casino.org

E-sports telah berada di tahap tertinggi yang pernah dicapai setakat ini selepas Kesatuan Olimpik Asia(OCA) mengumumkan perancangan mereka untuk membawa acara berkenaan ke Sukan Asia Guangzhao 2022 kelak. Namun, ia masih lagi berada di peringkat perancangan awal.

Sekiranya perkara ini dilaksanakan, tidak mustahil industri permainan video selepas ini akan menjadi salah satu industri terbesar di dunia. Kami harap kerajaan Malaysia mengambil ini sebagai peluang untuk membangunkan industri permainan video di negara ini pada masa hadapan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 29 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro kini boleh bertindak sebagai cas tanpa wayar untuk fon telinga Freebuds 2 Pro.

TECH Fri, 23 Mar 2018

Cara Meninggalkan WhatsApp Group Tanpa Dikesan Ahli Group Lain

Hampir semua orang mempunyai WhatsApp Group. Isu “Left Group” sememangnya menjadi sesuatu masalah kerana berkemungkinan akan menyinggung perasaan ahli yang lain. Namun, tahukah anda yang anda boleh meninggalkan WhatsApp Group (“Left Group”) tanpa meninggalkan kesan? […]

TECH Mon, 27 Jan 2020

Cara Masukkan Kalendar Cuti Dalam Peranti iPhone

Tak nak cuba ke buat anda pengguna iphone

TECH Wed, 25 Jul 2018

Batal Kerjasama Antara TM Dan TNB Boleh Elak Monopoli Dalam Industri

Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita pembatalan kerjasama yang telah terjalin antara Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. Pengumuman yang tertera pada laman Bursa Malaysia itu menyatakan pembatalan dibuat adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi […]

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

Automobile Fri, 8 Mar 2019

为什么只有掀背车有后雨刷?

不是车厂偏心,掀背车有后雨刷(Rear Wiper)是有原因的!

TECH Wed, 22 Nov 2017

Cara Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Terlalu menjaga privasi? Khusus kepada anda yang ingin menjaga privasi, terutamanya kepada orang yang tidak dikenali. Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara-cara untuk menetapkan mod privasi pada gambar profil Whatsapp. Buka aplikasi […]

TECH Sun, 19 May 2019

Kelangkapan Asus ZenFone 6!

Asus Zenfone 6 dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.4 inci dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6. Panel belakangnya diperbuat daripada kaca sementara mengelilingi dibahagian tengah adalah aluminium siri-6000. Ia akan menjalankan sistem antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie serta dijanjikan dengan naik taraf kepada Android Q kelak.

error: Content is protected !!