Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 6, 2025 @ 3:35pm

Pernah Diherdik ‘Bodoh’ Dengan Pelakon Senior, Azira Shafinaz Imbau Momen Awal Masuk Industri – “Saya Terus Menangis…”

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mengimbau kembali detik dimarahi serta dipanggil bodoh oleh pelakon senior ketika awal kemunculannya dalam industri seni.

Ketika ditemui media, Azira atau nama lengkapnya, Azira Shafinaz Ramlan, 33, mengakui berkecil hati lantas terus menangis di tempat penggambaran.

“Saya pernah dimarahi dan dipanggil bodoh, malah dikatakan langsung tak tahu berlakon. Tipulah kalau saya kata tak terasa…

“Memang saya menangis masa tu juga sebab dia tegur cara saya berlakon,” katanya.

Walaupun dimaki, Azira bagaimanapun tidak menyimpan sebarang dendam terhadap pelakon senior itu, sebaliknya, dia menjadikan pengalaman tersebut sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kualiti lakonannya.

“Saya tak ambil hati pun dan saya tak pernah simpan dendam. Saya anggap teguran tu satu ‘wake up call’ untuk saya perbaiki diri dan jadi lebih bagus. Saya cabar diri untuk buktikan saya boleh,” katanya.

Azira berkata demikian itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Indera yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Selepas beberapa tahun kejadian tersebut berlaku, Azira yang juga ahli kumpulan wanita DeFam ini memberitahu dia bergandingan semula dengan pelakon senior tersebut.

Namun begitu, lakonannya yang sebelum ini pernah dikritik dan dihina kini telah meraih pujian daripada pelakon senior tersebut.

“Kami ada berjumpa dan bergandingan semula beberapa tahun selepas kejadian itu, kali ini dia sendiri puji kualiti lakonan saya yang katanya semakin baik.

“Saya percaya, setiap yang terjadi pasti ada hikmah. Saya jenis cepat bangkit, tak suka terlalu lama larut dalam emosi,” katanya.

Azira turut mengakui teguran pedas yang diterimanya sebelum ini banyak mengajarnya untuk jadi lebih kuat, sabar dan terus belajar memperbaiki tahap lakonannya.

“Masa tu saya masih baru, jadi mungkin ada betulnya cara dia tegur walaupun kasar. Tapi saya bersyukur sebab teguran itu beri kesan besar dalam membentuk siapa saya hari ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 26 Jun 2019

Kondominium Setapak Ria Berhantu, Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Ditemani Hantu Kanak-Kanak Cina

tak sangka kejadian macam ni betul-betul berlaku ingatkan dalam filem je.. 

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Lagu Pernah Gagal Tembus Ke Separuh Akhir AJL, Wani Kayrie Faham Rasa Kecewa Rakan Industri

Wani mengakui dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam meletakkan harapan terhadap peluang lagunya berjuduk Cak Cak Cekuk untuk ke pentas akhir AJL40

Featured Tue, 20 Jan 2026

“Sayang Awak Layak Untuk Dapat ‘Rehat’ Ini”- Luahan Pilu Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Muhammad Kamarul bersyukur dengan pemergian isterinya itu yang kembali kepada pencipta-Nya dalam keadaan yang terbaik.

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

error: Content is protected !!