Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2024 @ 8:48pm

Pernah Ditawar RM100,000 Buat Aksi Kurang Senonoh, Fitri Farok Tak Layan Mesej Lucah Di Media Sosial

Cucu pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu aktor, Fitri Farok mendedahkan dia sering menerima komen dan kiriman mesej (direct message) berbaur lucah di Instagram miliknya.

Mengakui sudah lali dengan perkara tersebut, Fitri bagaimanapun enggan melayan komen-komen yang dianggap keterlaluan itu.

“Bohong kalau saya cakap tiada. Nak cakap saya tak perasan perkara itu tipulah kan. Kalau tanya apa yang saya buat, saya tak akan layan dan baca komen-komen macam itu.

“Banyak komen yang terlalu ekstrem saya terima seperti gambar lucah, yang tunjuk kemaluan dan siap ajak jumpa.

“Kalau teruk sangat macam itu saya akan block mereka. Saya tak akan balas,” katanya.

Sementara itu, Fitri turut mendedahkan dia pernah menerima tawaran sebanyak RM100,000 untuk melakukan tidak senonoh sehingga mahu ke ranjang.

“Saya pernah ditawarkan wang sebanyak RM100,00 untuk buat perkara seperti itu. Dia DM tanya saya nak tak?

“Sebagai pelakon, Fitri sedar perkara sebegini pasti akan dilalui oleh kebanyakan anak seni. Oleh sebab itu, dia akan mengambil langkah berhati-hati tatkala memuat naik posting di media sosial.

“Kalau tanya saya akan menghadkan ataupun tidak konten saya di media sosial, saya akan jawab tengok pada keadaan juga. Ada yang boleh saya kongsi dan ada juga yang tak boleh.

“Sebagai contoh, adik saya dapat keputusan cemerlang. Boleh la saya kongsi dengan semua. Kalau benda atau perkara itu negatif, memang tidaklah saya akan kongsi kepada semua,” katanya lagi.

Fitri berkata demikian ketika ditemui di sesi temuramah untuk drama terbaharunya Anak-Anak Mafia di Sri Pentas, Damansara, pada Khamis.

Fitri Farok

Mengulas mengenai hubungan bersama peminat, Fitri berkata semua peminatnya memahami serta tidak keterlaluan dalam menjaga batas sesama mereka.

“Mereka tahu jaga batas. Saya tak pernah lagi berdepan dengan peminat yang keterlaluan. Mereka yang kacau saya itu bukan peminat tegar saya.

“Peminat saya tak ada yang peluk berlebih-lebihan. Pengurus saya selalu pesan kepada mereka dan saya agar kena berhati-hati dan jaga batas,” tuturnya lagi.

Mengusik tentang kisah cintanya, Fitri menjelaskan statusnya kini masih single dan tidak memikirkan untuk menyulam cinta dengan mana-mana pihak buat masa ini.

“Sekarang saya tak ada sesiapa yang istimewa. Saya kawan dengan semua. Mungkin saya tak jumpa lagi pilihan hati yang betul-betul sesuai untuk saya.

“Saya nak fokus kerja dan cari duit dahulu. Bila semuanya dah stabil, baru saya akan fikir soal tersebut,” akhirnya.

Selain Fitri, drama Anak-Anak Mafia akan turut menampilkan aktor Mierul Aiman dan Scha Elinnea.

Artikel Berkaitan: Sambut Cucu Lahir Dalam Kereta, Normah Damanhuri Letak Nama Panggilan ‘Satria’ Kepada Fitri Farok Hero Remaja 2023

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Ratu Rock Ella Skylovers Rupanya!

Banyak kali ulang tengok gelagat Ella!

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Kongsi Wajah Tahan Kontraksi, Elfira Tetap ‘Cute’

Tahan kontraksi pun comel. Macam mana tu?

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Yuna, Adam Sinclair Sah Bergelar Suami Isteri

Yuna dan juga pilihan hati, Adam Sinclair telah selamat bernikah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Tengku Bakar di Instagram miliknya. Selain gambar pernikahan, Tengku Bakar turut berkongsikan beberapa keping gambar sebelum majlis tersebut berlangsung. Sementara itu menurut laporan […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2024

Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Perasaan seorang ibu yang amat merindui anaknya 😭😭 Sayunyaaaa

Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

Trending Tue, 1 Dec 2020
error: Content is protected !!