Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 10, 2023 @ 11:20pm

Pernah Ditolak Uji Bakat Filem, Alvin Chong Terkilan Gara-Gara…

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong, meluahkan rasa kecewa apabila pernah ditolak pada uji bakat filem tempatan gara-gara memiliki wajah ‘jambu’, beberapa tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Alvin turut terkilan apabila pihak produksi menyenarai pendek namanya.

“Saya pernah pergi uji bakat untuk filem, tetapi tidak dapat atas atasan berwajah ‘jambu’ dan tidak sesuai dengan watak.

“Mereka melihat lakonan saya bagus, cuma pengarah menolak disebabkan raut wajah.

“Saya terima, tetapi saya tak faham kenapa senarai pendek nama saya untuk hadir uji bakat.

“Jika sudah tahu tak sesuai, kenapa panggil? Perkara ini membuatkan saya agak terkilan,” katanya.

Tambah pelakon Kerana Cinta Itu Ada ini, dia serik untuk menghadiri sebarang uji bakat selepas insiden tersebut.

“Selepas ditolak, saya serik nak hadir uji bakat filem. Boleh dikatakan, saya jarang pergi uji bakat selepas apa yang berlaku.

“Kecuali jalan cerita memang menarik, saya akan mencuba. Bagi saya, ia menyedihkan apabila pergi uji bakat, tetapi tak tahu apa kekurangan menyebabkan tawaran tidak dapat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alvin turut berharap pihak produksi menjadi lebih telus dalam soal pemilihan pelakon.

“Bila ditolak, saya cuma nak tahu sebab sebenar, bukannya membantah keputusan pihak produksi.

“Saya mahu tahu apa kekurangan agar dapat menambahbaik pada masa akan datang,” tutupnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Siapa Mr N Di Hati Kaka?

Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai Kaka selepas putus dengan Rody suatu ketika dulu. Baru-baru ini, Kaka membuka mulut mengenai hubungan baru dengan seorang jejaka baru dalam hidupnya. Sudah dua tahun kami mengenali, tetapi […]

Trending Thu, 30 Apr 2020
Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Fri, 13 Mar 2026

“Sayang Jangan Sampai Hanyut, Benci Jangan Sampai Melarat” – Mimi Lana

Pelakon Mimi Lana berkongsi pesanan ringkas mengenai perasaan sayang dan benci menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya.

error: Content is protected !!