Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 15, 2022 @ 9:29am

Pernah Mempersoalkan Keputusan Juri, Ayda Jebat Bersedia Untuk Dikritik?

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat pernah mempersoalkan keputusan barisan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 32 pada 2017 ketika lagu Mata tidak layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32.

Mencetuskan kontroversi hangat ketika itu, Ayda menghormati keputusan juri tetapi dia sekadar bertanya mengenai kekurangan lagu terbabit untuk kebaikan diri sendiri.

Kini, pelantun lagu Pencuri Hati itu bakal kembali berhadapan dengan barisan juri apabila dia bersetuju untuk menyertai musim baharu program Famili Duo bersama adiknya, Fyna Jebat.

Bersedia untuk menerima kritikan juri tetap Famili Duo, Mas Idayu dan Ajai, Ayda melihat sudut positif komen yang bakal diterima.

“Bukan saya seorang sahaja yang pernah mempersoalkan keputusan juri dahulu. Ada artis lain yang pernah membuka mulut juga. Ketika saya bertanya dahulu, saya mendapat penerangan juri mengenai sebab lagu Mata tak layak ke peringkat akhir.

“Selepas mendapat pencerahan, saya ambil perkara itu dan melihatnya dengan positif untuk kebaikan diri sendiri. Lagipun, perkara itu sudah lama berlalu.

“Saya bersedia dan terbuka untuk dikritik dan menerima komen. Jika kritikan itu baik dan membina untuk saya, mengapa tidak? Saya agak lama dalam industri dan saya tak mahu rasa diri saya bagus. Saya nak jadi baik berbanding sebelum ini, jadi kenalah ada orang tegur.

“Jika saya menyampaikan lagu saya, semestinya peminat saya akan suka. Tapi kalau ada juri, kita akan buat lebih bagus, persiapan juga akan dilakukan dengan sebaik mungkin kerana kita tahu akan ada juri yang menilai persembahan kita.

“Jadi, perkara itu memberi motivasi untuk diri saya untuk menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat dan lebih baik dalam semua aspek,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Dalam pada itu, Ayda mendedahkan Fyna pernah menolak untuk menyertai program ini.

“Selepas dikurniakan cahaya mata, saya jarang tampil menyanyi di kaca televisyen dan dah lama juga tak menyanyi dengan Fyna. Lagipun, ini merupakan pertandingan yang sesuai untuk kami berdua. Program ini memberikan peluang untuk ahli keluarga yang terbabit dalam bidang seni untuk beraksi atas satu pentas.

“Ini juga merupakan satu platform untuk Fyna kembali ke dunia seni. Pada awalnya, Fyna enggan menyertai program ini kerana dia lebih suka menyanyi ‘underground’. Tapi, saya terangkan kepada dia, saya pujuk dia, bagi tahu mengenai pertandingan ini dan akhirnya dia bersetuju,” katanya.

Musim baharu Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Selain Ayda dan Fyna, enam pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee, Famili Duo akan menampilkan Mas Idayu dan Ajai selaku juri tetap.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Featured Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Events Sun, 12 Mar 2023
Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Hiburan Thu, 23 Oct 2025

“Hakikatnya Bertahan & Berjuang Demi Anak Itu Tak Mudah… Pengakhiran Juga Satu Jawapan Tepat” – Raja Ilya

Raja Ilya menegaskan perceraian bukan satu kegagalan sebaliknya sebuah pilihan tepat

Kes Mahkamah Fri, 27 Oct 2023
error: Content is protected !!