Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 30, 2025 @ 4:51pm

Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

“Saya mahu berdamai dengan luka lama dan memberi peluang untuk diri sendiri sembuh secara dalaman.”

Demikian kata-kata penyanyi dan personaliti media sosial, Muhammad Affizy Mohd Khairy atau lebih dikenali sebagai Agy, apabila dia memutuskan untuk memulakan fasa baharu dalam hidup

Menjejak usia 30 tahun, Agy lebih banyak memendam perasaan sendiri, meskipun sejak awal kemunculan, dia sering menjadi perhatian di media sosial dan dunia hiburan.

Dalam diam, dia sebenarnya pernah bergelut dengan tekanan emosi yang tidak pernah dikongsikan kepada umum.

“Saya pernah terfikir, kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa. Sampai satu tahap, saya rasa mungkin saya tak cukup bagus untuk teruskan dalam industri ini,” katanya.

Mengimbau kembali awal kemunculannya, Agy akui hatinya mudah terusik dengan kecaman dan sindiran netizen.

Namun seiring masa, dia belajar menerima tidak semua orang akan menyukai kita, dan yang paling penting adalah percaya pada diri sendiri.

Bagi Agy, kekuatan sebenar datang daripada keluarga yang sentiasa memberi sokongan, terutama ibu bapa, ahli keluarga dan Pak Long yang tak pernah jemu menjadi tulang belakang meskipun kadangkala turut terkena tempias kontroversi.

“Saya kesian pada keluarga. Mereka tak pernah salah, tapi nama mereka terpalit sama bila saya dikritik. Tapi mereka tetap ada di belakang saya, tanpa syarat,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Agy mengakui dia bukan pelajar yang menonjol. Tidak pernah meraih pencapaian besar semasa di sekolah rendah, dia juga pernah merasa terpinggir.

Hanya selepas menjejak ke alam sekolah menengah, barulah dia mula mengenali potensi dirinya yang sebenar.

Namun, segala pengalaman yang dianggap telah ditinggalkan itu rupa-rupanya masih terbenam dalam jiwa. Tekanan dan trauma yang lama terpendam akhirnya mewujudkan luka emosi yang tidak sembuh dengan sendirinya.

Kini, Agy memilih untuk membuka lembaran baharu dengan mendapatkan sesi penyembuhan bersama Dr. Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr. Healing, seorang pakar pembangunan insan yang banyak membantu individu yang pernah berdepan trauma dan tekanan hidup.

Sesi penyembuhan yang berlangsung di Ascott, Kuala Lumpur membuka ruang untuk Agy kembali melihat sisi dirinya yang sebenar, di sebalik watak ceria dan yakin yang biasa ditunjukkannya kepada dunia.

“Selama ini, saya banyak simpan semuanya sendiri. Saya jarang menangis depan orang,” katanya.

Antara pendekatan yang digunakan ialah teknik simbolik ‘melepaskan botol’, di mana Agy diminta memindahkan segala beban emosi ke dalam sebotol air secara reflektif. Proses itu ternyata memberi kesan mendalam.

Tangan Agy kebas ketika sesi berlangsung, tetapi dia turut merasai satu kelegaan luar biasa, seolah-olah beban yang dipikul sekian lama akhirnya dilepaskan.

Sesi itu bukan sekadar membantu Agy menyembuhkan luka lama, malah memberinya keberanian untuk mengakui kelemahan, tanpa perlu berpura-pura kuat sepanjang masa.

“Saya selalu tunjuk sisi kuat di luar, sebab tak nak orang tahu saya pernah luka. Tapi sampai bila? Saya pun manusia,” katanya yang kini lebih terbuka menerima dan memahami dirinya sendiri.

Kini dengan semangat baharu, Agy lebih tenang dan matang dalam menilai hidup. Dia juga sedang giat merancang beberapa projek seni untuk tahun ini, termasuk pelancaran single terbaru bertajuk “Jadi Aku”, sebuah karya yang mencerminkan jiwanya.

“Jadi Aku bukan sekadar lagu, ia cermin perasaan saya yang sebenar. Lirik dia tentang keinginan untuk difahami, tentang luka, tentang kekuatan yang lahir dari keikhlasan. Saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa sesuatu,” katanya.

Mengakhiri perbualan, Agy mengharapkan agar masyarakat dapat terus menyokong perjalanannya dalam seni, walaupun bukan semua orang akan menyukai dirinya.

“Saya tak minta semua orang suka saya. Tapi kalau ada yang sudi terus sokong, saya hargai sangat. Saya akan terus belajar jadi lebih baik, bukan saja dalam kerjaya, tapi juga sebagai individu,” katanya penuh harapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Trending Sat, 19 Dec 2020
Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Satu Penghinaan Bila Dipanggil Retis? Ini Jawapan Win Adibah Noor

Teguran bukan untuk memalukan, tetapi untuk mendidik!

Featured Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Trending Wed, 19 Dec 2018

BTS Nak Datang Malaysia Tak Lama Lagi. Yeay!

Mesti anda rasa tak sabar kan?

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Qistina Raisah Kongsi Pengalaman Dengan Lelaki ‘Insecure’ – “Dia Akan Kongkong You Sampai Jadi Toxic!”

Tular sebuah video yang dikongsikan pelakon Qistina Raisah di TikTok mengenai perhubungan toksik. Menerusi hantaran tersebut, Qistina berkongsi pengalaman bercinta dan turut meminta wanita di luar sana untuk mengelakkan diri bercinta dengan lelaki yang mempunyai […]

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

error: Content is protected !!