Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin February 27, 2025 @ 2:26pm

Persis Model… Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Awal Ashaari & Scha Alyahya Tunjuk Bakat Catwalk Bersempena…

Selebriti terkenal, Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mempamerkan aksi penuh gaya di pentas peragaan.

Dengan keyakinan dan aura tersendiri, mereka melangkah bak model profesional, Fattah dan Awal tampil segak dalam persalinan tradisional dengan sentuhan moden, manakala Scha dan Sophia memancarkan pesona elegan dalam busana bersiluet indah yang disempurnakan dengan perincian sulaman eksklusif.

Peragaan istimewa ini mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin yang teruja melihat keempat-empat selebriti popular ini melangkah anggun di pentas fesyen bersempena pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics oleh jenama gaya hidup Amber bersempena Aidilfitri 2025.

Koleksi ini menggabungkan elemen klasik dan moden dalam satu rekaan yang sofistikated, mencipta satu gaya eksklusif buat peminat fesyen tempatan.

Menjadikan koleksi ini lebih istimewa, Amber memperkenalkan enam wajah rasmi jenama yang juga merupakan selebriti popular Malaysia, iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah.

Setiap busana dalam koleksi ini direka dengan teliti, menampilkan sulaman floral yang mewah pada fabrik kapas berkualiti tinggi. Pemilihan material ini bukan sahaja memberikan keselesaan optimum tetapi turut menambah elemen keanggunan yang sesuai dengan iklim Malaysia.

Menawarkan kepelbagaian pilihan warna, Raya Romantics direka untuk memenuhi keperluan semua, sama ada untuk majlis kasual mahupun sambutan perayaan yang lebih meriah. Koleksi ini merangkumi enam rekaan untuk lelaki, setiap satunya hadir dalam tiga warna, menjadikan keseluruhan 18 pilihan warna.

Sementara itu, koleksi untuk wanita terdiri daripada 11 rekaan dengan dua pilihan warna bagi setiap satu, menjadikan 22 pilihan warna tersedia. Saiz yang ditawarkan bermula dari XS hingga 3XL, dengan harga antara RM269 hingga RM459.

Tersedia di Lokasi Terpilih

Koleksi eksklusif ini boleh didapati di beberapa lokasi utama. Pelanggan boleh mengunjungi Amber Flagship Store di Shangri-La, Kuala Lumpur atau butik Amber di Wangsa Walk Mall. Selain itu, pembelian secara dalam talian boleh dilakukan melalui laman web rasmi www.amberofficials.com.my serta platform TikTok Shop (@AmberModeOfficials).

Sebagai jenama di bawah Usanita, Amber terus berusaha membawa jenama fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, meluahkan keyakinannya terhadap sambutan yang bakal diterima oleh koleksi ini.

“Koleksi ‘Raya Romantics’ mencerminkan gabungan budaya dan inovasi fesyen kontemporari. Setiap helaian direka bukan sahaja untuk memberikan gaya yang memukau, tetapi juga memastikan keselesaan kepada pemakai.

“Sebagai sebahagian daripada Usanita, kami percaya bahawa jenama tempatan mampu berkembang dan bersaing di peringkat lebih luas. Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin tampil bergaya sepanjang musim perayaan ini.”

Beliau turut berkongsi sasaran jualan yang ditetapkan untuk koleksi ini, berdasarkan kejayaan koleksi sebelum ini.

“Tahun ini, kami menyasarkan jualan sebanyak 300,000 helai dari koleksi ‘Raya Romantics’. Sasaran ini dibuat berdasarkan permintaan tinggi terhadap fesyen raya eksklusif serta kejayaan koleksi terdahulu.

“Dengan rangkaian jualan yang luas, strategi pemasaran yang efektif, dan kepercayaan pelanggan terhadap Amber, kami yakin sasaran ini dapat dicapai. Malah, tahun ini Amber turut menyertai beberapa festival fesyen seperti Celebfest Singapore (7 – 9 Mac 2025) dan Absolute Fest Gaya Raya (21 – 24 Mac 2025),” katanya.

Menampilkan gabungan fesyen moden, material premium, serta perincian mewah, koleksi Raya Romantics oleh Amber menjanjikan pengalaman bergaya yang eksklusif sepanjang Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 9 Sep 2019

Get Inside KLFW 2019 Exclusive Collection By Ezuwan Ismail And Alia B, These Are Our Top 5 Favourite Looks

It was all about edgy prints and fairytales fantasy with these two local designers.

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

FESYEN Wed, 11 Mar 2026

Tuah Penampilan Minimalis, Sofistikated Scha Alyahya & Hael Husaini

Hael Husaini & Scha Alyahya mempunyai pendekatan fesyen yang hampir sama iaitu memilih helaian yang ringkas tetapi tetap menonjolkan sisi elegan.

FESYEN Wed, 11 Sep 2019
FESYEN Thu, 5 Sep 2019

Starting Off Fresh With New Kicks from adidas X AriZona Iced Tea

adidas Originals and AriZona Iced Tea collab lets you stand out by looking fresh, succulent and vivacious; just like the tea!

Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

error: Content is protected !!