Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 27, 2019 @ 12:00pm

Photographer’ Kongsi Tips, Jenis Gambar Patut Ada Dalam Album Kahwin

Gambar album merupakan perkara penting bagi sebuah perkahwinan kerana ia merupakan memori terindah untuk dijadikan kenangan. Malahan, ia juga boleh dikongsikan dengan anak cucu dikelak hari. Bukan itu sahaja, dalam merancang majlis perkahwinan, mengupah jurugambar merupakan salah satu perkara penting dalam ‘cheklist’ majlis perkahwinan. Gambar album juga penting.

Ikuti perkongsian daripada jurufoto perkahwinan, Hafizaquafiz di bebenang di laman Twitter mengenai keperluan yang perlu ada dalam sesebuah gambar album perkahwinan.

Jelasnya, gambar-gambar yang dimuatnaiknya ini adalah terdiri daripada gambar indoor dan outdoor. Gambar outdoor jelas menunjukkan lokasi itu diambil serta gambar indoor pula selalunya untuk keluarga.

1. Mood & Jiwa

Kenapa hitam putih? Gambar hitam putih menyah-hilangkan warna yg merupakan priority besar dlm sesebuah gambar.

Alasannya; untuk memberi fokus pada mood, jiwa serta emosi sesuatu gambar lebih berbanding warna yg terdapat didalam sesuatu gambar.

2. Seleksi ‘Hijau’

Yang ni adalah situasi lazim outdoor dimana pemilihan lokasi lazimnya kawasan taman. Sebelum anda (baca: photog) judge knp baju hijau shot dekat bagi hijau jugak (gambar 1st), itu sebenarnya permintaan pengantin.

Tips: bagi begini sesuai untuk warna selain hijau

 

1. Bakal pengantin

2. Jurufoto baharu

3. Preparation

Gambar bersiap ini bukanlah wajib. Ianya diambil lazimnya atas permintaan pengantin & perbincangan bersama. Namun waktu nilah waktu ‘ice breaking’ antara pengantin dan official photographer (OP).

Juga waktu dimana OP bebas meraikan karya untuk produce gambar yang baik.

4. Emosi & Jiwa

Ini adalah favourite part aku dimana aku sering hunt photo2 sebegini dlm sesebuah majlis. Baik secara spontan ataupun staged. Tapi ya, momen spontan yang hadir dalam sesebuah majlis nampak lebih tulus dan bermakna buat pengantin sebenarnya.

5. Permainan Komposisi

Biasanya gambar-gambar begini dikaitkan dgn rules2 photography. Aku bukan budak photo tau, aku budak bio hahahha! Main bedal je sebenarnya. Tapi ya, basic rules mcm RO3 dan sabagainya dipraktikkan dalam gambar-gambar sebegini supaya compo sesuatu gambar tu nampak menarik.

6. Gambar ‘modal’ & Wajib

Ha gambar-gambar begini dikatakan wajib bagi aku dan kebanyakan photographer lain juga. Contohnya gambar kucupan dahi, mata bertentang mata, bersalaman dan details hand bouquet.

Gambar-gambar begini wajib ada lah senang ceritanya. Tapi..yang menjadikan gambar wajib ini lebih manis adalah pengantin & ayat-ayat yang dihamburkan OP itu sendiri semasa shot.

Yelah nak dapat seyuman yang on point, kau kene usik sikit pengantin tu dik! Bisikan semerdu “yusuffff taiyoooooob” ke telinga pengantin amat diperlukan bagi merangsang emosi mereka!

7. Moments

Gambar momen spontan sepanjang majlis amatlah besar nilainya didalam sesebuah album perkahwinan. Apabila dilihat semula, Ia dapat membawa terbang terus kehari majlis mereka biarpun majlis sudah lama berlalu.

Tips to be alert: OP perlu alert & mainkan sedikit momen shot ni dengan permainan komposisi supaya gambar bukan sekadar gambar.

 
 

8. Minimal

Gambar-gambar sebegini menitikberatkan komposisi subject supaya blend in well dgn background tempat shot.

Tips: placement subject (pengantin) sebaiknya pada posisi RO3 bagi memberi impak pada gambar.

Harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Hafizaquafiz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 9 Mar 2018

Tips Untuk Mengelak Muat Turun Fail Yang Mempunyai virus

Pernahkah anda memuat turun fail dan mendapati fail tersebut mempunyai virus? Keseronokan memuat turun pelbagai aplikasi pada PC boleh bertukar kepada malapetaka sekiranya tiada sebarang langkah – langkah pencegahan yang diambil.

Automobile Mon, 18 Jun 2018

「没有它」再多Safety Features也没用!

在政府的措施以及人民的对于汽车安全性的意识逐年提高之下,这将我国的车辆安全水准提高到另一个等级!但还有一样东西也同样重要,那就是……

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

TECH Wed, 11 Jul 2018

Ikuti Langkah Berikut Dan Rebut Peluang Untuk Dapatkan Asus ZenFone 5 Pada Harga RM1

Bagi anda yang terlepas menyaksikan penstriman secara langsung di Facebook Lazada tempoh hari, platform jualan beli-belah dalam talian itu ada mengadakan tawaran menarik, “RM1 Frenzy” bersama Asus. Anda mahu rebut peluang memiliki peranti ZenPower Slim atau ZenFone Max Pro atau Zenfone […]

TECH Wed, 19 Sep 2018

The New Apple Watch Could Just Save Lives

There are several interesting health features in the new watch.

TECH Sat, 9 Feb 2019

Cara Install Google Current Pada Android Smartphone

Aplikasi yang memudahkan lagi pembaca untuk mengikuti perkembangan terkini sesebuah laman web ataupun blog yang mereka minat!

TECH Sat, 8 Dec 2018

3 Kesan buruk Penggunaan “Headphone”

Tahukah anda penggunaan earphone atau headphone mampu memudaratkan telinga anda? Ketahui kesan-kesannya disini.

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Thu, 25 Oct 2018

Media Prima与DailyMotion合作!电视节目全球化

来西亚最大的综合媒体集团——首要媒体有限公司更上一层楼,与视频共享平台Dailymotion联手合作,把首要媒体电视节目内容上载至其串流平台,供全球每月超过3亿的用户观赏。

TECH Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!