Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 18, 2018 @ 4:41am

Pilih Warna Pakaian Untuk Mood Berbeza

Setiap kali membuka almari, pasti anda pening mahu memilih pakaian apa untuk dipakai. Namun, tahukah anda warna pakaian mampu mempengaruhi emosi atau mood seseorang? Malah, kuasa warna juga secara tidak langsung melambangkan personaliti diri. Justeru, pemilihan warna yang tepat penting kerana ia bukan sahaja boleh mencerminkan emosi anda, malah perasaan orang-orang di sekeliling anda. Info di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk menggambarkan warna peribadi anda.

Merah

https://i.pinimg.com

Ingin mendapatkan perhatian seseorang? Merah adalah warna yang tepat kerana ia dipercayai mampu menarik perhatian. Wanita yang memakai pakaian merah juga seorang yang berani dan peramah, namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak. Tetapi hati-hati, warna merah juga dikatakan mempengaruhi nafsu makan di mana ia mampu merangsang selera makan dan cenderung membuatkan kita lapar.

Biru

Warna biru selalu dikaitkan dengan tenang, sejuk dan aman. Jadi jika anda berasa tertekan atau mood anda tidak berapa baik pada hari itu, warna biru mungkin dapat membantu anda untuk berasa lebih tenang. Kajian juga menunjukkan bahawa biru juga boleh membuat anda lebih kreatif, sabar, cerdik, berkeyakinan tinggi serta rajin.

Hijau

Sama seperti biru, warna yang berkaitan dengan alam semula jadi ini juga mampu memberikan ketenangan dan kedamaian. Namun, warna hijau juga ibarat lambang sifat cemburu. Malah, mereka yang mengenakan pakaian berwarna hijau turut dikatakan mudah sensitif dan tidak mudah mempercayai orang lain.

Kuning

Jika anda berasa down, warna kuning mampu menceriakan. Kuning juga dikaitkan dengan inspirasi, kecerdasan serta idea dan pemikiran yang tinggi. Justeru, jika pergi ke temuduga atau mesyuarat, anda boleh menggayakan warna ini untuk mendapatkan idea yang kreatif serta melancarkan skil komunikasi. Warna kuning juga dapat menimbulkan sikap spontan serta rasa semangat yang tinggi pada diri.

Ungu

https://nnimgt-a.akamaihd.net

Ingin tampak sofistikated, feminin dan mewah, ungu adalah pilihan warna yang anda cari. Seperti merah, ungu dapat merangsang serta meningkatkan tahap tenaga seseorang. Warna ini juga kadang-kadang dikaitkan dengan kerohanian dan gerak hati. Ia dapat melahirkan sikap yang positif, bercita-cita tinggi dan menanam sifat ingin berjaya dalam semua bidang.

Merah jambu

Warna kegemaran kebanyakan gadis di luar sana ini melambangkan cinta dan kebahagiaan. Mereka yang mengenakan warna ini mudah bersimpati dan memahami perasaan orang lain. Warna merah jambu sangat menenangkan, jadi jangan memakainya jika anda memerlukan banyak tenaga. Kebiasaannya peminat warna ini juga sedikit keanak-anakan dan sentiasa memerlukan dorongan orang lain.

Hitam

Kebiasaannya warna hitam melambangkan perasaan hiba atau kesedihan, tetapi sebenarnya ia mampu mengecas semula tenaga untuk hari berikutnya. Hitam melambangkan kesungguhan, kuasa dan tanggungjawab. Orang yang mengenakan warna hitam mempunyai semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat sendiri dan tidak mudah mengaku kalah.

https://mmlafleur.com

Putih

Warna putih merujuk kepada kesucian dan kebersihan. Putih juga mewujudkan keperibadian yang positif, matang dan optimistik. Mereka yang suka warna ini dikatakan gemar menyendiri, amanah, mengamalkan gaya hidup bersederhana dan mampu membebaskan diri daripada tekanan. Warna ini sesuai dipakai pada hari Isnin kerana ia mampu merangsang semangat baru dan mencetuskan idea.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

Featured Wed, 13 May 2020

Buat 5 perkara ini, kuku pasti sihat!

Kuku sempurna lonjak keyakinan diri

Oh Lawa Mon, 1 Apr 2019

Belajar cara memakai gincu merah yang betul agar bibir tidak comot

Inilah teknik yang digunakan oleh jurusolek!

Featured Fri, 25 Oct 2019
Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Oh Lawa Thu, 28 Jun 2018

Potongan Rambut Scha Alyahya Yang Dikatakan Macam Sayur Kubis Sebenarnya Popular Dikalangan Selebriti Antarabangsa

Selain Scha Alyahya, ramai selebriti luar negara mengenakan potongan rambut sayur kubis iaitu istilah baru dikalangan netizen.

error: Content is protected !!