Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 20, 2025 @ 7:22pm

PJJ Dengan Suami, Elizabeth Tan Hadapi Cabaran Dapatkan Zuriat

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Dr. Siew Jim Ding, kini menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan kerja masing-masing.

Menurut Elizabeth atau nama penuhnya Elizabeth Tan Su Mei, suaminya yang merupakan seorang doktor pelatih telah ditempatkan bertugas di Tapah, Perak sejak awal tahun ini.

“Suami saya kini bekerja di Tapah, jadi kami perlu menjalani hubungan jarak jauh. Biasanya dalam sebulan, dia akan pulang ke rumah atau saya yang akan pergi melawatnya di sana.

“Dia baru sahaja mula bertugas di sana pada Januari lalu dan masih ada kira-kira dua tahun lagi sebelum kami dapat tinggal bersama semula,” katanya.

Mengulas tentang cabaran yang dihadapi, selebriti berusia 32 tahun itu mengakui bahawa perpisahan jarak jauh ini sedikit sebanyak menyukarkan usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.

“Keadaan ini sebenarnya agak mencabar kerana secara tiba-tiba kami terpaksa berjauhan,” katanya.

Elizabeth berkongsi perkara itu ketika berada di lokasi penggambaran filem Wantugo di SnoWalk I-City, Shah Alam pada Rabu.

Namun begitu, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 ini tetap berfikiran positif. Baginya, jarak yang memisahkan mereka memberikan peluang untuk lebih menghargai antara satu sama lain.

“Saya tidak merasakan ia terlalu sukar kerana kami menikmati hubungan ini dengan memberi ruang untuk saling merindui.

“Kadang-kadang, apabila selalu bersama, kita mungkin kurang menghargai pasangan. Jadi sekarang, setiap kali berjumpa, kami lebih menghargai detik-detik itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa usaha untuk menimang cahaya mata sedikit mencabar kerana mereka tidak tinggal di negeri yang sama.

Sekadar info, Elizabeth dan Siew Jim telah mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021, namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Elizabeth juga sebelum ini pernah berkongsi pengalaman mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Masih Usaha Timang Anak Secara Semula Jadi, Elizabeth Tan Beri Tempoh 4 Bulan Lagi Sebelum Jalani Rawatan IVF

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Konsert ‘Slam X Exists-Our Journey’: Sebuah Kembara Nostalgia Di Mega Star Arena 26 Julai 2025 Ini!

Konsert ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menceritakan perjalanan Slam dan Exists

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

Ustazah Asma’ menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadikan perkara itu sebagai trend

Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Selamat Pasang Perentak Jantung, Ebby Yus Elak Kerja-Kerja Berat

Semoga abang Ebby Yus dipermudahkan segala urusan Amin🤲🏻

Trending Sat, 18 Nov 2017

Kami Bukan Warga Asing Jangan Jejaskan Periuk Nasi Kami – Afiqah Ismail

Ada pula yang berkata yang kedai ini diusahakan oleh pihak ketiga iaitu warga asing sedangkan ia diusahakan oleh orang tempatan kita

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

Perkahwinan Ke-Empat Harap Kekal Hingga Akhir Hayat

Mencari wanita yang benar-benar serasi dengannya dimana perkenalan selama lima tahun itu akhirnya berakhir dengan hubungan suami isteri

Trending Thu, 8 Aug 2019

Punca Kemalangan Ambulans, Pemandu Dan Pesakit Maut

Kali ini pemandu ambulans dan pesakit maut dalam kemalangan

error: Content is protected !!