Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 23, 2021 @ 9:14am

PKP 3.0 Disambung Atau Tidak? Keputusan Bakal Diumum 2 Atau 3 Hari Sebelum 28 Jun

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bakal disambung atau beralih ke fasa seterusnya tidak akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal diumumkan dua atau tiga hari sebelum 28 Jun ini, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah.

“Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“Perkara itu (PKP diteruskan atau tidak) akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan untuk menilai keadaan semasa pandemik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir, Johor, semalam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 14 Mar 2026

Melodi Glam Raya Runaway Tampil Pertunjukan Fesyen Dalam MRT, Himpun Selebriti, Muzik & Gaya Raya

Program Melodi Glam Raya Runway yang berlangsung pada Khamis lalu ternyata menyorot perhatian ramai apabila menampilkan pertunjukan fesyen unik di dalam tren MRT

Featured Mon, 28 Apr 2025

“Sebab Tu Jangan Bagi Perempuan Meroyan”- Rita Rudaini

Kata Rita, normal bagi seorang perempuan untuk meluahkan ketidakpuasan hati terutamanya ketika berasa marah.

Trending Wed, 9 Dec 2020
Hiburan Fri, 24 Jan 2025

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Penyanyi Rap Hina Nabi Muhammad Dijatuhi Hukuman Mati

Selebriti Thu, 28 Dec 2023
Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Tue, 11 Oct 2022
error: Content is protected !!