Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida February 26, 2018 @ 7:33am

PLAN NAK BELI RUMAH TU ADA, TAPI…

A: Bro, kau boleh lah beli rumah, gaji tinggi bolehlah sembang kencang

B: Aik, bukan ke gaji kau dengan aku lebih kurang jer. Kalau aku boleh, kau pasti boleh bro!

Dengar tu! Jangan asyik nak negatif saja kalau mengimpikan sesuatu. Ini tak bermaksud urusan pembelian rumah adalah mudah namun jika dengan caranya, korang pasti boleh! Kami kongsikan beberapa tips sempoi bagi korang yang ada plan untuk mendapatkan rumah pertama. Check it out…

  • Rumah untuk tinggal sendiri atau pelaburan?

Tanya diri sendiri, adakah rumah pertama yang bakal dimiliki ini untuk kegunaan sendiri atau adakah korang nak jana duit melaluinya? Jika matlamatnya untuk duduk sendiri, maka sukar untuk korang buat pembelian rumah kedua. Cash flow mungkin sedikit terganggu, Jalan terbaik, korang boleh sewakan buat sementara bagi mengumpul dana untuk membeli rumah kedua. Pastikan harga sewa ada bahagian yang boleh disimpan.

  • Suka bertangguh

Ala, aku muda lagilah! Nanti lah beli. Hello dik. Harga rumah bukan macam harga gadget, makin lama makin mahal tau! Kalau tunggu lagi sepuluh tahun, keberangkalian harga yang ditawarkan sekarang memang korang takkan dapat dah. Jangan bertangguh lagi ok? Beli yang sesuai dengan kemampuan korang. Jangan pula gaji RM3000 tapi mohon loan untuk banglo lapan bilik pula…

  • Beli rumah kecil, mudah dan murah sebagai permulaan

Ukur baju di badan sendiri. Itu perumpamaan yang perlu korang pakai ketika proses membeli kehendak. Jangan ikut nafsu dik, kelak merana nanti. Sebagai permulaan, mulakan dengan rumah flat kos rendah. Ikut kesesuaian dengan gaji korang ok? Maklumlah, semakin besar rumah itu, semakin mahal harganya.

  • Jana keuntungan ketika membeli

Ini antara kesilapan yang sering dilakukan pembeli rumah muda. Harus diingat, tujuan membeli adalah untuk pelaburan! Keuntungan yang dijana setiap bulan hasil sewa penting untuk disimpan. Hasilnya, korang boleh beli rumah yang lebih besar dan selesa untuk rumah kedua. Keuntungan harus dibuat ketika membeli bukan ketika menjual!

  • Beli rumah lebih daripada kelayakan

Jika diikutkan gaji, korang layak beli rumah RM 500,000. Tapi korang beli rumah berharga RM 400,000. Itu tindakan yang betul. Sebab apa? Beri ruang untuk Debt Service Ratio (DSR) korang bernafas. 

  • Jangan ikut nafsu semata-mata

Bila tengok je iklan di televisyen, rumah bukan main cantik! Terus excited nak miliki rumah itu, kalau boleh esok juga nak buat loan. Jangan macam tu geng, bawa bertenang. Beli rumah bukan macam beli ikan di pasar. Kaji dulu kawasan itu strategik atau tidak, aspek keselamatan, apa kemudahan berdekatan dan minta pandangan keluarga atau rakan yang pakar dan berpengalaman dalam urusan jual beli rumah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
LIFESTYLE Sat, 12 Oct 2019

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

LIFESTYLE Wed, 25 Sep 2019

‘Top 5’ Bandar Terkaya Di Asia Tenggara Termasuk Kuala Lumpur

Wow tak sangka Kuala Lumpur tersenarai ya dalam senarai ini

Featured Fri, 26 Jul 2024
error: Content is protected !!