Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2025 @ 5:39pm

PM Maklum 23 Sukarelawan Malaysia Misi GSF Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Dijangka Pulang Ke Tanah Air Esok Atau Lusa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini telah dibebaskan.

Menurut Anwar, kesemua mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Ramon, Israel, petang ini sebelum berlepas ke Istanbul, Turkiye.

“Insya-Allah, semua aktivis kemanusiaan Malaysia dijangka pulang ke tanah air esok malam atau selewat-lewatnya lusa,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

Terdahulu, pada petang Khamis lalu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa 23 aktivis kemanusiaan Malaysia berada dalam tahanan tentera Israel selepas kapal-kapal yang mereka naiki dipintas ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Antara aktivis yang ditahan dari kapal Alma ialah Tuan Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil, manakala kapal Sirius membawa empat rakyat Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu, kapal Huga yang dinaiki selebriti Zizi Kirana turut dipintas, diikuti Farah Lee dan Danish Nazram dari kapal Grande Blu, serta Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi yang menaiki kapal Hio.

Tiga lagi aktivis kemanusiaan menaiki kapal Free Willy iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman dan Dr. Taufiq, manakala kapal Estrella membawa empat lagi rakyat Malaysia iaitu PU Rahmat Ikhsan, Mohd Asmawi, Norazman Ishak dan Norhelmi Ab Ghani.

Dalam perkembangan sama, kapal Mikeno yang dinaiki pelakon Ardell Aryana, sebelum ini dilaporkan semakin menghampiri persisiran pantai Gaza, turut dipintas tentera Israel.

Selain itu, kapal Fair Lady yang membawa dua aktivis, Zainal Rashid Awang (ZRA) dan Ustaz Mad, serta kapal Inana yang membawa Razali Awang, turut dilaporkan ditahan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

Hambekkk… Mike dah bersuara tu 🔥🔥🔥 Kalau tak hadam lagi tak tahu la min 😌 Tapi siapa yang makan cili dia la terasa pedas nya 😬

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Featured Wed, 30 Jul 2025
Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Mon, 15 Jun 2026

Siti Nurhaliza Titip Semangat Buat Individu Wanita Alami Keguguran Kandungan 19 Minggu – “Reda Kerana Anakanda Menanti Di Syurga”

Susulan itu, Siti meninggalkan komen di ruangan hantaran tersebut dengan mengingatkan individu tersebut setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya, dan mempercayai perancangan Allah sentiasa terbaik. 

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Sufian Suhaimi Mengimbau Memori Manis

Tahun ini, saya tak lupa menyediakan persalinan untuk keluarga namun persiapan semuanya serba sederhana.

error: Content is protected !!