Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 17, 2019 @ 12:55pm

PM New Zealand-Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa

Portal berita Ilmfeed melaporkan bahawa Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menanggung semua kos pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch.

Jacinda dalam pertemuan dengan keluarga 49 mangsa yang terkorban juga dilaporkan berjanji bahawa kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada waris termasuk dari segi kewangan walaupun sebahagian mangsa berstatus imigran.

”Kami berjanji untuk memberi fokus kepada keperluan keluarga mangsa untuk hari-hari mendatang.

”Kebanyakkan mangsa-mangsa yang terkorban merupakan tulang belakang keluarga dan individu utama yang keluar mencari rezeki. 

”Ramai daripada mereka mempunyai tanggungan seperti anak dan isteri. Saya memberi jaminan melalui sistem yang diamalkan di negara ini, melalui ACC, terdapat kaedah yang boleh diguna untuk menghulurkan bantuan.

”Manakala bantuan tersebut akan diberikan tanpa mengira status mereka, sama ada warga imigran atau sebaliknya. Bantuan ini termasuklah kos pengebumian, serta sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan sumber pendapatan utama,” kata Jacinda.

Manakala porta berita New York Times pula melaporkan sistem bayaran pampasan yang ada di New Zealand akan diguna pakai oleh kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang kehilangan tulang belakang keluarga.

Sumber: Ilmfeed, New York Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Filem Jerangkung Dalam Almari Tumpang Populariti Adi Putra?

Wah,,,, sejauh mana pula penangan filem ni? Tunggu okay!

Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Featured Wed, 30 Jul 2025
Featured Fri, 30 Jul 2021

11 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kes positif Covid-19 telah dikesan hasil pemeriksaan ke atas 1,183 individu yang hadir di Parlimen sepanjang tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. […]

Featured Wed, 16 Nov 2022
error: Content is protected !!