Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 23, 2021 @ 9:47am

Polis Tahan Bapa Beri Bayi Lelaki 5 Bulan Minum Arak

Selepas sebuah rakaman video 30 saat yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

Dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Pulau Pinang, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 19 tahun yang merupakan bapa kepada bayi itu ditahan di Teluk Bahang pada pukul 1.30 tengah hari semalam, selepas polis menerima laporan berhubung video berkenaan yang mengundang kemarahan orang ramai.

“Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan. Bayi lelaki berusia lima bulan itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan dia juga merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

Beliau berkata lelaki itu akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022

Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

Berikan anda peluang kedua – Nad Zainal

Featured Fri, 23 Dec 2022

Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

‘Benda macam ni tiberrr nak muncul. Benda baik umumkan dari timbul fitnah’ – Puteri Sarah Liyana

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

error: Content is protected !!