Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 2:48pm

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditangkap Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), sebentar tadi.

Difahamkan, tangkapan dilakukan pada jam 6.15 petang tadi ketika dia sedang menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta Selatan.

Menurut sumber keselamatan, Jamal bersembunyi di beberapa lokasi sebelum dia ditangkap.

Penangkapan Jamal diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Jamal menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025
Trending Fri, 22 May 2020

Mengejutkan! Wanita Ini Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 8 Kali

So, jangan ambil mudah simptom yang mungkin biasa bagi korang okay

Featured Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Sun, 30 Mar 2025
Trending Sat, 12 Oct 2019

16 Termasuk Kanak-Kanak Melecur Belon Helium Meletup

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,!

Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Didakwa Malu Guna Bahasa Melayu Dalam Lagu, Hilang Jati Diri? Dolla Ada Misi Tersendiri

Tak baik cakap macam tu! Dah cukup bagus dah Dolla harumkan nama Malaysia 🇲🇾🇲🇾

error: Content is protected !!