Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom November 12, 2018 @ 11:00am

Pramugari Redakan Tangisan Bayi Dengan Memberikan Susu Badannya. Baiknya Dia!

Baiknya hati seorang pramugari ini. Bayangkan pada ketika dia sedang sibuk bertugas, dia masih sempat mengambil alih tugas seorang ibu untuk menyusukan bayi kepada penumpangnya.

Lebih membuatkan penumpang Philippine Airlines tersentuh, pramugari bernama Patrisha Organo, 24, sanggup menyusukan bayi itu dengan susu badannya sendiri selepas ibu bayi berkenaan memaklumkan susu formula anaknya habis dan dia tidak mampu memberikan susu badan.

Bayi yang berusia kira-kira dua bulan itu yang mulanya berteriak dengan kuat, akhirnya lena di pangkuan Patrisha selepas kekenyangan diberikan susu badan.

Patrisha berkata, dia mempunyai bayi berusia sembilan bulan dan biasa memberikan anaknya susu badan.

“Sebaik sahaja saya mendengar bayi menangis, saya tahu ada sesuatu yang mungkin saya boleh buat untuk membantu.

“Apabila ibunya beritahu saya bahawa dia tidak mempunyai susu formula dan saya tahu dalam penerbangan tak ada seorang pun yang membawa susu, saya tahu saya harus membantu.

“Saya menawarkan susu badan saya sendiri, kerana saya memang menyusukan anak saya.

“Ibu bayi itu sangat berterima kasih kerana saya membantu, dia telah berada di lapangan terbang sejak pukul 9 malam, malam sebelumnya.

“Sebaik sahaja bayi itu mula menyusu, saya dapat lihat kelegaan di mata ibunya dan anak perempuannya akhirnya tertidur,” katanya.

Foto: Metro UK (Koleksi foto Patrisha dan bayi perempuannya)

Pramugari itu berkata dia tahu apa yang akan dilalui oleh seorang ibu, terutama ketika penerbangan baru sahaja berlepas.

“Sebagai seorang ibu saya sendiri tahu bagaimana tekanan yang harus dilalui.

“Saya dapat bayangkan perasaan ini. Bila kita tak dapat memberi makanan kepada anak yang sedang lapar adalah satu ‘mimpi ngeri’, jadi saya terpaksa bantu.

“Dia telah berada di lapangan terbang sejak malam sebelum itu dan susunya telah habis ketika penerbangan sebenar, menyebabkan bayi itu menangis.

“Sebaik sahaja saya dapat membantu bayi itu dan ibunya, saya berasa sangat gembira, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” katanya.

Pramugari itu berkata wanita berkenaan sangat berterima kasih kepadanya kerana ikhlas membantu.

“Saya tahu penerbangan ini begitu istimewa buat diri saya kerana saya baru sahaja dinaikkan pangkat, tetapi saya tak sangka ia akan seistimewa ini.

“Saya menyusu bayi yang tidak dikenali dalam penerbangan dan saya sangat bersyukur mempunyai susu ibu pada masa yang amat diperlukan,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Maher Zain Tak Lupa Palestin, Dedikasi Empat Lagu Dalam Konsert KL

Maher Zain konsert pertama jelajah Asia Tenggara

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Trending Tue, 24 Jul 2018

YouTubers Allegedly Robbed by Langkawi Hotel Staffs of RM1,400 Cash

The hotel claimed to not be responsible for anything but deleted their Facebook account.

Events Wed, 8 Oct 2025
Featured Thu, 12 May 2022
Events Tue, 6 Aug 2024
error: Content is protected !!