Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 13, 2022 @ 6:55pm

Prekuel Filem Mat Kilau Tiada Syamsul Yusof, Adi Putra, & Beto Kusyairi… Ini Penjelasan Penerbit Studio Kembara

Penerbit syarikat produksi Studio Kembara Sdn Bhd mengesahkan filem prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tidak akan dilakonkan oleh pelakon utama, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi.

Selaku penerbit, Rahman Md Dali turut berkata khidmat Syamsul Yusof sebagai pengarah juga tidak akan digunakan.

Mengulas lebih lanjut, Rahman bagaimanapun menafikan wujud konflik di antara mereka, sebaliknya menjelaskan watak Adi Putra dan Beto tidak diperlukan dalam filem prekuel Mat Kilau serta memberi peluang kepada pengarah lain untuk menerajui filem ini.

“Filem Studio Kembara yang akan datang ada kena mengena dengan Mat Kilau namun di sudut lain iaitu prekuel yang dikeluarkan sebelum kisah Mat Kilau 2.

“Filem prekuel ini tidak membabitkan watak Adi Putra dan Beto dan tidak diperlukan berdasarkan jalan cerita dan kisah sebelum kemunculan Mat Kilau. Belum sampai waktu untuk watak mereka dikeluarkan.

“Ada beberapa pelakon yang kami telah menandatangani kontrak untuk prekuel filem ini. Tapi, ada sebahagian besar yang kekal dalam filem ini, namun masih mengikut kepada kesesuaian, hanya ini yang saya boleh katakan buat masa ini.,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan pengarah, Rahman memuji selebriti Syamsul yang tidak dinafikan sangat berbakat menjadi seorang pengarah, namun menurutnya peluang harus diberikan kepada industri seni lain untuk terus berkembang dan maju.

“Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Syamsul orang yang sangat berbakat dalam pengarahan filem, tapi kita kena lahirkan pelapis yang ramai. Oleh itu saya percaya masih ramai pengarah lain yang boleh berkarya bersama Studio Kembara,” katanya.

Rahman yang ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di Bandar Baru Bangi tengah hari tidak menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan dua pelakon utama seperti didakwa ramai pihak.

“Bukan sebab ada konflik antara mereka, tapi memang watak mereka tidak diperlukan untuk prekuel filem Mat Kilau. Saya tiada masalah dengan Adi Putra. Benda tiada apa-apa isu, semasa berjumpa di Indonesia pun hubungan kami sangat baik cuma masing-masing sibuk dan tiada kekangan masa,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: “Saya Ni Jenis Yang ‘Forget & Forgive’, Tak Simpan Dalam Hati…” – Isu Salah Faham Babitkan Adi Putra & Pihak Kembara Studio Sudah Selesai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bapa Syamel Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ernie Zakri Mohon Doa

Mari kita sama-sama doakan kesembuhan buat bapa Syamel dan bapa mentua, Ernie Zakri ❤️ Semoga dipermudah segala urusan mereka

Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Tue, 5 May 2026

Netizen Tanya Isu Penyondol, Sheila Rusly Dedah Pernah Beri ‘Lampu Hijau’ Suami Cari Pengganti – “Sampai Sekarang Setia Maknanya Tak Jumpa Lebih Baik”

Sheila mendedahkan dia pernah menitipkan pesanan kepada Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya untuk bersikap terbuka dan jujur sekiranya dia menemui wanita lebih baik daripadanya. 

Events Mon, 12 Aug 2019

首要媒体开拍鼠年贺岁MV!许亮宇被曝不会数来宝

首要媒体开拍鼠年贺岁《笑笑力量大》MV!许亮宇被曝不会数来宝,自认过于「轻敌」没做足功课。

Featured Mon, 30 Mar 2020
Kisah Viral Sat, 5 Nov 2022

Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam. Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi itu, Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti. Memetik laporan Harian Metro, Atilia memaklumkan […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

ADAKAH HASHTAG FATTZURA ITU SATU DOA?

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura 34, telah sah menjadi isteri kepada Fattah Amin 27. Majlis pernikahan itu telah berlangsung disalah sebuah hotel terkemuka tanah air.

error: Content is protected !!