Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 4, 2019 @ 4:20pm

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah.

Bagi yang berduit, mereka akan membeli sebuah peti sejuk kecil yang dikhaskan untuk menyimpan produk kecantikan semata-mata. Mereka berbuat demikian dengan harapan produk mereka akan tahan lebih lama di dalam suhu dingin.

Hakikatnya, memang ada kebaikan menyimpan produk kosmetik di dalam peti sejuk, tetapi tidak semua jenis produk akan memberikan kesan yang sama apabila disejukkan.

Sebelum anda memindahkan kesemua produk kosmetik ke dalam peti sejuk, sebaik-baiknya kenal pasti produk yang betul-betul memerlukan ruangan sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

Cara terbaik adalah membanding produk kosmetik berkenaan seperti makanan. Jika mempunyai tarikh luput, ini bermakna jangka hayatnya dapat dipanjangkan jika anda menyimpannya di dalam peti sejuk.

Di bawah ini Stylecaster dan RD menyenaraikan jenis produk yang patut (dan langsung tidak patut) disimpan: 

Minyak muka

Jangan sesekali simpan minyak muka anda di dalam peti sejuk. Suhu dingin akan mengasingkan dan memecahkan bahan ramuannya dan ada kemungkinan ia akan membeku serta teksturnya bertukar menjadi keras.

Krim mata dan serum

Formula yang sejuk boleh mengempiskan bahagian bengkak di bawah mata dengan lebih efektif dan menggalakkan peredaran darah.

Pensel mata

Jika cuaca di luar sangat panas dan anda memerlukan pensel yang tajam untuk melukis mata atau bibir, simpan produk pensel di dalam peti sejuk selama beberapa minit terlebih dahulu.

Tetapi untuk pensel kohl, hati-hati apabila anda melukis garisan mata. Pensel ini tidak akan menyakitkan jika ia lembut!

Sumber: Racked

Produk organik

Formula organik atau buatan sendiri yang tidak mengandungi bahan pengawet perlu diletakkan di dalam peti sejuk.

Tetapi periksa dahulu tarikh luputnya kerana lazimnya produk sebegitu boleh kekal segar dan lebih lama, tetapi bukan selama-lamanya!

Semburan wajah

Memakai semburan wajah (face mist) yang sejuk akan lebih menyegarkan. Selain itu, ia juga boleh melegakan kulit kering atau inflamasi pada kulit dengan lebih efektif.

Gincu

Jangan simpan gincu bibir di dalam peti sejuk. Ramuannya akan terpecah jika disejukkan dan pemeluwapan akan menyebabkan ia hilang kelembapan.

Tetapi jika anda tersimpan gincu di dalam peti sejuk tanpa disengajakan, pastikan ia kekal disejukkan. Jika tidak, ia akan rosak.

Jika gincu anda cair dengan tidak sengaja, sejukkannya selama beberapa minit supaya ia kembali ke bentuk asal.

Sumber: YouTube

Pembayang mata, pemerah pipi atau bedak muka

Produk ini lebih tahan lama di ruang kering, jauh daripada cahaya matahari yang boleh mengoksida dan memudarkan pigmen.

Peti sejuk anda hanya akan menambahkan kelembapan pada udara. Ingat, bedak, gincu dan pelindung cela (concealer) tidak mengandungi air, jadi produk berkenaan tidak akan berkulat.

Minyak wangi

Jangan! Minyak wangi mengandungi sebatian bahan kimia yang rumit. Jika anda memanaskan atau menyejukkannya, strukturnya akan berubah. Habis hancurlah haruman asal minyak wangi anda!

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023

[VIDEO] “Jangan Balas Dendam Ya… Saya Sayang Malaysia & Singapura” – Aaron Aziz Mohon Semua Bersabar

‘Bukan nak tunjuk pandai, cuma nak amankan keadaan’ – Aaron Aziz

Featured Mon, 26 May 2025

Wani Kayrie Raih Perhatian Dengan ‘Cak Cak Cekuk’, Lagu Rakyat Bertemu Realiti Cinta Moden

‘Cak Cak Cekuk’ adalah lagu ciptaan bersama Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 19 Jul 2024

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Ramai juga tanya pasal tatu ek. Sama ada pelekat atau kekal biarlah rahsia 👀😱

Featured Tue, 21 Feb 2023
error: Content is protected !!