Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 20, 2018 @ 2:37am

Pulang The Movie; Watak Lum Buat Alvin Wong ‘Geli’?

Membawa watak sebagai Lum, pelakon Alvin Wong berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran filem Pulang.

Tampil cemerlang dalam filem yang menelan kos RM6 juta ini, Alvin Chong memberitahu dia berdepan dengan cabaran besar ketika di set.

“ Bayangkan dua bahagian sungai disekat bagi memastikan air bertakung, semua pelakon yang jadi mayat disiram dengan darah palsu dan mentega kacang.

“ Memang mencabar ketika babak saya dan Remy berada di sebalik timbunan mayat dalam sungai,” katanya ketika ditemui di malam gala tayangan filem Pulang di GSC, Pavilion, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sebagai individu yang menghidap Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Alvin tidak suka benda yang melekit di badan.

“ Rasa geli. Bayangkan, saya ambil masa dua jam untuk membersihkan badan selepas tamat babak yang ‘menggelikan’ itu,” katanya.

Pulang turut dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan, Juliana Evans dan ramai lagi. Filem arahan Kabir Bhatia itu akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Julai nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Featured Tue, 29 Apr 2025

“Tak Pernah Plan Tu Tipulah…” – Amira Othman ‘Pecah’ Rahsia, Rancang Pakai Baju Sedondon Dengan Fattah Amin

Amira tampil memberikan penjelasan ringkas namun mencuit hati mengenai penampilan sedondon tersebut

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Sat, 20 Sep 2025

Setahun Selepas Kehilangan Ibu, Khai Bahar Sekali Lagi Diuji Pemergian Bapa Tercinta Akibat Komplikasi Penyakit

Bapa Khai Bahar meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis, strok dan buah pinggang

error: Content is protected !!