Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 1:22pm

Purata Kelajuan Internet Global Meningkat 23% Berbanding Tahun Lepas

Internet yang pantas amat penting bagi kehidupan seharian pada hari ini. Ia jelas penting dalam membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai tugasan kerja, membuat pesanan makanan mahupun untuk berhibur. Namun, adakah internet hari ini sudah cukup pantas? Atau ia boleh dipertingkatkan lagi ke tahap yang jauh lebih pantas?

Menurut data yang diperolehi daripada kajian pihak M-Lab, purata kelajuan internet di peringkat global telah meningkat sebanyak 23% berbanding kelajuan purata pada tahun lepas. Kajian yang dibuat kepada lebih 163 juta pengguna internet sejak 30 May 2017 hingga 29 May 2018 mendapati kelajuan internet dunia meningkat daripada 7.4Mbps ke 9.1Mbps.

Bagi negara Malaysia pula, kita masih lagi jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain walaupun mempunyai purata kelajuan melebihi purata global iaitu pada 14.4Mbps. Purata kelajuan ini mengambil kira kelajuan muat turun dan muat naik yang dinikmati oleh pengguna yang terlibat dalam kajian ini.

Bagaimanapun, dengan teknologi 5G yang sedang giat dibangunkan dan penggunaan internet fiber yang semakin meluas di seluruh dunia, purata kelajuan global ini dijangka akan melonjak lebih tinggi dalam dua atau tiga tahun mendatang.

Sumber 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 23 Jan 2019

Bigger and Better Smartphone Experience with Nokia 3.1 Plus

They recently released a 6-inch version.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Cara Mudah & Pantas Untuk Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Kepada anda yang kerap mengubah saiz gambar khususnya untuk disimpan ataupun muat naik ke media sosial, berikut kami kongsikan salah satu cara yang sangat mudah dan pantas untuk melakukannya.

TECH Tue, 21 May 2019
TECH Thu, 13 Dec 2018

脸书推出类似抖音的短影音服务!企图挽回青少年的心

脸书发表一款名为「Lasso」的短影片应用程式,功能几乎完全复制中国目前最火红的社群软体「抖音」!

TECH Mon, 20 Nov 2017

苹果公布最受欢迎十大表情,你最常用的是?

说到Emoji,你最常用的是哪个表情符号呢?苹果近日就公布了最受美国区英语用户“十大最受欢迎的Emoji”!

TECH Mon, 22 Oct 2018

Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya.

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Mon, 13 Aug 2018

现代人为了交友很敢花钱! Tinder营收主要来自付费订阅

往左滑,还是往右滑?这或许已经是许多人每天生活中,必定花上一小段时间做的事情,在行动世代的影响下,你我的社交管道也很大程度从线下走到线上。许多人已经将寻找伴侣的期待,寄托在手机萤幕上。

Automobile Mon, 18 Jun 2018

「没有它」再多Safety Features也没用!

在政府的措施以及人民的对于汽车安全性的意识逐年提高之下,这将我国的车辆安全水准提高到另一个等级!但还有一样东西也同样重要,那就是……

TECH Wed, 7 Mar 2018

Apa itu e-sports?

Sama ada anda suka bermain permainan video atau tidak pernah memegang alat joystick, pasti anda pernah mendengar tentang esport. Industri yang dianggarkan bernilai hampir RM6 bilion pada tahun 2020, dengan beberapa pemain yang sudah bersaing […]

error: Content is protected !!