Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2026 @ 1:31pm

Puteri Sarah Tampil Nasihat Individu Mengaku Hilang Perasaan Cinta & Tak Bahagia Selepas Isteri Bersalin

Luahan seorang lelaki yang mendakwa sudah hilang rasa cinta terhadap isterinya selepas kelahiran anak sulung mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Threads, lelaki berkenaan mengakui rumah tangga yang dibina kini tidak lagi memberi kebahagiaan seperti yang pernah dirasai sebelum ini.

Menurutnya, perasaan terhadap isteri semakin lama semakin pudar sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama.

“Saya tak tahu kenapa tiba-tiba hilang perasaan dengan isteri. Saya dah tak bahagia macam dulu.

“Sebelum ada anak semuanya okay, tapi selepas lahir anak pertama, banyak benda berubah. Saya tahu ramai pernah lalui situasi macam ini, tapi saya rasa saya tak kuat,” tulisnya.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat perhatian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang tampil menitipkan nasihat buat lelaki terbabit.

Menurut Sarah, hubungan suami isteri memerlukan usaha berterusan dan pasangan perlu mencari semula keserasian yang mungkin semakin hilang selepas melalui fasa baharu sebagai ibu bapa.

“Build new chemistry between you and your wife. Cari benda baharu yang boleh buat hubungan itu kembali exciting,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati itu turut mencuit hati netizen apabila berseloroh meminta lelaki berkenaan mengubah wajahnya.

“Kalau tak jalan juga, awak ubahlah muka jadi orang lain, mesti nampak baru,” selorohnya.

Artikel Berkaitan: “Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

Fazura berharap agar perkara tersebut tidak benar dan tidak dinormalisasikan.

Featured Thu, 23 Jun 2022

#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi. Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan […]

Trending Mon, 18 Feb 2019

‘Mak Esah’ Misha Omar akhirnya minta maaf! 

Misha difitnah netizen menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

error: Content is protected !!