Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2024 @ 2:30pm

Raf Yaakob Perjelas Cerai Mawar Rashid Bukan Sebab Orang Ketiga – “Allah Dah Kata Jodoh Kami Setakat Ini Sahaja”

Bekas suami aktres Mawar Rashid yang juga adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, Raf Yaakob,  akhirnya tampil menjelaskan punca sebenar perceraiannya dengan bekas isterinya itu.

Katanya, perpisahan berlaku bukan disebabkan wujudnya pihak ketiga melainkan jodohnya dengan Mawar sudah tertulis setakat itu sahaja.

“Allah dah kata jodoh kami setakat ini sahaja, jadi saya reda dan menerima ujian ini dengan hati terbuka.

“Saya ingin terangkan di sini bahawa, perceraian kami bukanlah disebabkan oleh pihak ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya,”  katanya ketika ditemu bual dalam program melodi, TV3.

Meskipun sudah tiga bulan bercerai, namun Raf atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, memaklumkan hubungannya dengan Mawar masih baik dan kini mereka lebih fokus dengan kebahagiaan anak-anak.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik-baik sahaja. Selepas bercerai, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan.

“Kami berdua sangat fleksibel apabila melibatkan anak-anak. Dan, tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai jodohnya kelak, Raf sama sekali tidak menolak andai takdir menyatukannya semula dengan bekas isteri dalam masa sama, dia sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan wanita yang baik.

“Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia. Yang penting sekarang ini, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Raf dan Mawar sah bercerai pada  November tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu,  Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Mon, 18 Feb 2019

‘Mak Esah’ Misha Omar akhirnya minta maaf! 

Misha difitnah netizen menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Oh rupa-rupanya ini sebabnya. Wahh, ramai yang prihatin dan sayangkan Neelofa ❤️❤️

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hafiz Suip Persiapkan Diri, Hadir Dengan Kejutan Figura Legenda!

Hafiz Suip tampil individu legenda dalam persembahan Terus Bersinar AJL39

Featured Sun, 18 Nov 2018
error: Content is protected !!