Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal March 3, 2019 @ 5:34pm

Raih Pendapatan Terkumpul Sehingga RM4 Juta Bermain ‘Dota 2’

Bermula dengan bermain Tetris, iaitu satu permainan batu-bata ketika berusia empat tahun, Yeik Nai Zheng, 23, seorang pemain profesional Dota 2, dan lebih dikenali dengan nama ‘MidOne’, telah menjadikan E-sports sebagai kerjaya profesional beliau sejak empat tahun lepas.

Anak jati Bagan Serai, Kerian, itu berkata dia yang merupakan anak bongsu dalam empat beradik, mula dipengaruhi bermain permainan alam maya, selepas melihat abang-abangnya yang enam tahun lebih tua daripadanya.

“Ketika berumur 13 tahun, saya mula menyertai satu kejohanan di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang bersama rakan-rakan. Ketika itu saya terpaksa bersusah payah untuk berulang-alik bersama rakan menyertai kejohanan itu.

“Hadiah kejohanan itu bernilai RM1 juta tetapi kami kalah, dan saya rasakan sedih sangat. Tetapi saya tidak berputus asa dan selepas saya tamat sekolah menengah, saya mula berkenalan dengan pemain-pemain lain dan pada ketika itulah saya telah dikenali dan bermain di peringkat antarabangsa,” katanya yang ketika itu berusia 19 tahun dan masih menuntut di Universiti Multimedia, Melaka.

Beliau berkata kepada media di Persidangan Industri Profesional E-sport (EPIC) 2019 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yeik berkata ada suatu ketika beliau berasa mahu berhenti bermain, namun beliau tetap cekal dan berjaya menghadapinya untuk berada pada tahap sekarang.

“Ada ketikanya, saya rasa saya sudah tidak boleh lakukannya lagi dan mahu berhenti kerana pada ketika itu semua kejohanan yang saya sertai saya kalah, tetapi saya tidak mengalah dan mencari anggota pasukan yang bagus dan mengembila peluang yang ada untuk menjadi apa yang saya capai sekarang,” katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata ada masanya ibu bapanya tidak merestui minatnya terhadap sukan alam maya ini, tetapi baginya ia bukan alasan dan cuba mencari jalan bermain dengan membahagikan masa siang untuk belajar dan malam untuk bermain.

“Waktu kecil saya tinggal bersama nenek di Bagan Serai, ketika itu memang keluarga marah-marah, tetapi saya tetap terus bermain. Jadi jika ibu bapa tidak bagi awak main, awak perlu fikir macam mana yang terbaik dengan mencari jalan untuk terus bermain,” katanya.

Pada hari ini, Yeik dilantik sebagai Ikon E-sports Perak bagi tahun 2019, yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Howard Lee Chuan How.

Berdasarkan semakan di laman MYGAMEON yang menyenaraikan senarai pemain ternama, Yeik kini merupakan pemain Dota 2  utama dunia dengan pendapatan terkumpul hasil kejohanan dimenangi kira RM4.16 juta.

Sebelum ini, Yeik bermain untuk pasukan negara, Fnatic sebelum membuat keputusan keluar daripada pasukan itu, selepas berakhirnya Kejohanan Antarabangsa 2016, dan kini selesa bersama ‘Secret’, iaitu sebuah organisasi E-sports di Eropah.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Featured Mon, 11 Aug 2025

Suami Puji Atikah Suhaime Sanggup Tolak Tawaran Jenama Mewah Bernilai RM1.2 Juta

Atikah kekal dengan pendirian menolak tawaran jenama yang patut diboikot.

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Fri, 2 Jul 2021

MEF Usulkan Beri Moratorium Automatik Tanpa Perlu Permohonan

Cadangan untuk menjadikan moratorium pinjaman secara automatik dan bukannya melalui permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negera telah diusulkan oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Menurut Presiden MEF, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata tidak sepatutnya […]

Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

error: Content is protected !!