Euforia Bola 2026
Acara By: Padin May 19, 2024 @ 5:35pm

Raja Muda Selangor Nobatkan 3 Pemenang Sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor Pada Pusingan Akhir Liga Usahawan Edisi Kelima

Tiga usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU negeri Selangor oleh Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pemenang pertama ialah Ahmad Anda Ismail (OKU fizikal) yang menjalankan perniagaan jamu kunyit, manakala Mahmud Rasul (OKU fizikal) yang menjalankan bisnes kuih raya dan kuih tradisional berada di kedudukan naib juara dan Sazman Nazlee Adha Ali (OKU pendengaran) yang mengusahakan perkhidmatan jurugambar mendapat tempat ketiga.

Tiga usahawan OKU yang berjaya mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti piala dan sijil pengiktirafan dari SAY, geran perniagaan berjumlah RM4,000 (Juara), RM 3,000 (Naib Juara) dan RM 2,000 (Ketiga) serta layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD+, program bimbingan selama tiga bulan untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport serta reruai secara percuma.

Merupakan sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh Raja Muda Selangor untuk memperkasakan usahawan OKU di dalam negeri Selangor, Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) kali ini telahpun memasuki edisi kelima penganjurannya.

Menariknya, dalam edisi kali ini, para usahawan OKU pekak dan bisu juga turut menyertai dan menunjukkan potensi yang luar biasa seperti usahawan OKU lain. Dengan bantuan daripada Jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan akhir dijalankan, mereka berhasil membuktikan bahawa mereka juga mampu dan berkeinginan seperti orang lain.

Pada kali ini, pihak SAY turut meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unit Perkhidmatan OKU, Universiti Teknologi MARA (UPO UiTM). Telah dilaksanakan sejak tahun 2021, ia telah membuahkan hasil dengan kewujudan lima kertas kajian yang berimpak.

Matlamat pihak SAY adalah agar kerjasama ini dapat membentuk satu kerjasama yang holisitik dan inklusif demi pembangunan OKU negeri Selangor. Melalui program SAY LEAD, objektif utamanya adalah untuk mempromosikan perniagaan usahawan OKU yang pelbagai dalam usaha untuk mengubah ekosistem usahawan OKU agar terus kekal berdaya saing dalam sektor ekonomi seiring dengan arus pemodenan.

Program ini turut ditaja oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan yang dipimpin oleh Mohd Najwan Halimi. Malah, program ini juga turut mendapat bantuan data peserta OKU dengan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

Selain itu juga, terdapat beberapa kriteria pemilihan peserta iaitu pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun dan menjalankan perniagaan di negeri Selangor

Program SAY LEAD edisi kelima ini telah berjalan seramai 30 peserta sejak Oktober 2023 untuk menjalani kursus perniagaan seperti profil keusahawanan, bisnes model kanvas dan rancangan perniagaan, penjenamaan dan pemasaran digitalisasi, pengurusan kewangan, sesi perkongsian bersama agensi yang berkenaan dan bengkel bisnes profil serta pembentangan perniagaan.

Pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi kelima ini telah diadili oleh RMS bersama Ketua Bahagian Penasihat dan Pemantauan, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Ahmad Daud Abdul Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Muhd Firdaus Azharuddin, Pengurus Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yuzawati Yusof dan Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH), Mohammad Syukri Ismail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Acara Mon, 17 Sep 2018

Jom Sertai Program Santai #FANtastik ABPBH 31 Di Istana Budaya, Sabtu Ini!

Pakat ramai-ramai meriahkan program #FANtastik bermula 8.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu, 22 September ini!

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.

Acara Wed, 10 Apr 2019
Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

error: Content is protected !!