Ramadan By: Maya Basir February 29, 2024 @ 8:07pm

Bufet Citarasa Zaman Berzaman, Berbuka Puasa Dengan Kambing Panggang, Tiram Keju Di Hotel Seri Pacific!

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, Hotel Seri Pacific menjemput orang ramai untuk menikmati Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Restoran Zende bermula 14 Mac hingga 7 April ini.

Pelbagai juadah makanan dan pencuci mulut yang boleh dinikmati pelanggan sepanjang bulan Ramadan akan datang.

Selain itu, pelanggan dapat merasai pelbagai menu halal termasuk masakan kampung, Arab, hidangan tradisi Cina, makanan laut, kuih-muih dan banyak lagi.

Antara hidangan istimewa yang pastinya membangkitkan selera adalah kambing panggang dan tiram segar dibakar bersama keju.

Lebih menarik, Hotel Seri Pacific juga menyediakan sajian khas mereka iaitu sup gear box, sup ekor lembu dan kari kepala ikan yang boleh ditapau dan membuat pesanan melalui penghantaran sepanjang bulan Ramadan bermula pada harga RM90 untuk setiap hidangan.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman dan buah-buahan segar.

Snek bergoreng seperti pisang goreng, cucur ikan bilis dan cucur pisang resipi asli turun-temurun turut disajikan.

Pakej berbuka puasa itu boleh dinikmati pada harga early bird RM130 (dewasa) yang boleh ditempah hingga 29 Februari ini.

Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh tersebut adalah sebanyak RM160 dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak.

Sementara itu, Hotel Seri Pacific turut menyediakan pakej bufet bersahur dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi talian 014-2893404 melalui aplikasi WhatsApp atau layari laman web Hotel Seri Pacific.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Featured Fri, 24 Mar 2023
Ramadan Tue, 20 Feb 2024
Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Ramadan Fri, 7 Apr 2023

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Di Makan, Tunaikan Pembayaran Zakat Fitrah Korang Sekarang!

Warga Selangor, korang dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang. Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!