Eat Travel By: Salma Syahbuddin February 9, 2024 @ 8:59pm

Bufet Ramadan Bertemakan ‘Anugerah Warisan’, InterContinential Kuala Lumpur Serlah Citarasa Autentik Tempatan

Menjelang ramadan ini, pihak Serena Brasserie, InterContinential Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman berbuka puasa yang kaya dengan unsur klasik warisan tempatan.

Bermula 13 Mac sehingga 19 April 2024, pihak InterContinential akan membawakan koleksi kulinari bertemakan ‘Anugerah Warisan’ sesuai citarasa autentik tempatan dengan pelbagai sajian sentuhan gaya Timur Tengah.

 

Selaras dengan temanya, tetamu yang berkunjung akan disajikan dengan pelbagai pilihan hidangan termasuklah, makanan nostalgia seperti Gulai Masak Lemak Labu, Daging Salai, Satay Daging dan Ayam, Otak-Otak, Asam Pedas Ikan Pari, Ketam Kam Heong, Lemang, Ketupat Palas serta beberapa sajian serunding.

Malah, pilihan hidangan laut yang dibawakan dari Selat Melaka dan Laut Borneo juga antara yang menjadi tarikan dan ‘penggoda’ selera anda.

Antaranya, Udang Harimau Rebus, Kerang Hitam, Kerang Scallop Merah Jambu, Slipper Lobster dan juga ketam.

Bagi citarasa rempah pula, pembakar tandoor InterContinential Kuala Lumpur turut menawarkan, Shish Tawook, Kebab Kambing, Moussaka Terung, Shakshuka Daging Lembu, Aloo Masala, Kofta dan banyak lagi pilihan makanan.

Bagi penggemar makanan Timur Tengah pula,  ini mungkin berita baik untuk anda! Hidangan panggang yang lazat seperti, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab dan Madghout Kambing turut disajikan.

Manakala, pembakar shawarma autentik InterContinential juga akan menyediakan sajian seperti,  Shawarma Ayam dan daging lembu Lebanon yang pastinya menggiurkan tetamu.

Namun, setiap hidangan yang disajikan seakan tidak lengkap tanpa pemanis mulutnya. Justeru, bagi memberi pengalaman memuaskan kepada tetamu yang telah memilih ‘Anugerah Warisan’ sebagai sajian berbuka puasa, Serena Brasserie akan menghidangkan 15 jenis kuih Melayu antaranya, Onde-Onde, Apam Balik, Cendol, Ais Kacang dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, beberapa stesen turut disediakan untuk sajian seperti Coconut Milkshake, Baklava, dan juga Kunafa.

Jadi, apa tunggu lagi! Orang ramai boleh menikmati pengalaman berbuka puasa bersama Bufet Ramadan di Serena Brasserie, InterContinential Kuala Lumpur dengan tawaran harga yang berpatutan iaitu,  RM278 (Dewasa) dan RM168 (Kanak-Kanak).

Bagi yang mahu menikmati makan malam ala bufet Anugerah Warisan, tawaran diskaun sebanyak 30 peratus akan diberikan bagi setiap orang dewasa yang membuat tempahan awal pada 13 sehingga 18 Mac 2024.

Dan, tawaran sebanyak 20 peratus akan diberikan bagi mereka yang membuat tempahan awal pada tarikh 19 sehingga 1 April 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap

Featured Thu, 18 Oct 2018
Trending Sun, 19 Jan 2020

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

Fuh! Siti nak bawa muzik tradisonal ke pentas antarabangsa!

Filem Wed, 12 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Seindah Kasih’

Dunia media ni mencabar juga ya!