Events By: Salma Syahbuddin March 20, 2023 @ 7:11pm

Restoran K-Town Rai 30 Gelandangan Dengan ‘All-You-Can-Eat’, Beri Peluang Penghuni Transit Rasai Makanan Korea

K-Town Korean BBQ meraikan seramai 30 orang gelandangan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan terawal untuk menikmati hidangan ‘All-You-Can-Eat’ bersempena menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Usaha pihak  K-Town ini sekaligus memberikan pengalaman baharu kepada penghuni pusat transit gelandangan untuk merasai keunikan makanan Korea yang turut menjadi ‘signature’ menu di restoran tersebut.

Menurut  pengasasnya,  Andy Goh,  ini bukanlah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama dianjurkan pihak syarikat, kerana sebelum ini pihak K-Town juga pernah menganjurkan satu program yang melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan restoran mereka dahulu.

“Sejujurnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan kami. Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan Razak masih bersama kami. Bagaimanapun membabitkan warga homeless atau gelandangan ini adalah yang pertama,” katanya.

Sementara itu, Andy juga memaklumkan, hidangan All-You-Can-Eat bukan sahaja bersesuaian untuk bulan Ramadan tetapi boleh dinikmati pada bila-bila masa disamping pelanggan yang menikmati pakej ini juga akan diberikan layanan istimewa sepanjang menjamu selera.

“Matlamat K-Town, bukan sahaja mahu pelanggan merasai kelazatan makanan authentic Korea, malah mencipta momen manis buat mereka yang menjejakkan kaki ke premis kami.

“Selain hidangan super lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP, dimana petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera,” jelasnya.

Untuk info, hidangan All-You-Can-Eat juga menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu serendah RM79 ++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu.

Sementara itu, kanak-kanak dan warga emas juga boleh menikmati hidangan tersebut pada harga serendah RM39.00++.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Trending Mon, 2 Mar 2020

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”. Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah […]

Trending Wed, 17 Jul 2019

“Gotta Tapao Them All” — Every Sabahan and Sarawakian to Gardenias Before Flying Back From Peninsular

Apparently Uncle Slocumm’s recipe is considered a luxury in East Malaysia? Are the rumours trumors?

Acara Sun, 4 Dec 2022
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Emperor Jewellery’s Launch Saw Some of the Hottest Hong Kong Stars

The shop is now open in Pavilion, Kuala Lumpur!

Hiburan Fri, 20 Dec 2019